Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Adil Orang Malas Lembab Pun Dapat Kenaikan Gaji Automatik – Anwar Ibrahim

Kerajaan perkenal kaedah pemantauan prestasi pekerja gaji penjawat awam agar individu yang malas dan lembab ketika bekerja dapat dinafikan kenaikan gaji.

Memetik laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya akan memastikan kenaikan gaji kakitangan awam tidak dilakukan secara automatik sepenuhnya memandangkan ia bakal dinilai mengikut prestasi.

Foto: Harian Metro

“Berhubung pengumuman kenaikan gaji, ada pembangkang yang mempertikaikan… itu tidak usah kita kira kerana pemilihan (kenaikan gaji) itu adalah berdasarkan prestasi.
“Sekarang umpamanya mengikut tahun (perkhidmatan), kadang-kadang orang itu lembap bekerja, tidak hadir, ada masalah disiplin (tetapi) terus dinaikkan gaji secara automatik. Kita hendak mengingatkan ia (kenaikan gaji) tidak automatik (sepenuhnya),” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Ujarnya, hanya 95 peratus kenaikan akan dibuat secara automatik manakala lima peratus lagi akan dinafikan kenaikannya sekiranya prestasi kerja lembab dan bermasalah.

Foto: NSTP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Anwar berpendapat bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kaedah yang bersesuaian agar kenaikan gaji ini dapat dilakukan secara adil terutamanya pekerja yang komited dengan pekerjaannya.

“Mungkin automatik untuk 95 peratus… bagi lima peratus yang dirasakan lembab dan ada masalah itu, kita akan memperkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan (kenaikan gaji).
“Tidak adil jika orang yang bekerja tungkus lumus mendapat kenaikan (gaji), orang yang malas lembab pun mendapat kenaikan secara automatik… jadi harus diberikan pertimbangan itu,” ujarnya.

Susulan itu, beliau juga telah memberikan jaminan bahawa kenaikan gaji yang memerlukan perbelanjaan melebihi RM10 bilion mampu dilaksanakan dengan pengurusan kewangan kerajaaan yang terkawal.

Sumber: Berita Harian (Siti Aminah Mohd Yusof)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd