Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Terima Peruntukan RM93.374 Juta, KKR Komited Minimumkan Risiko Cerun Runtuh

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah terima peruntukan kewangan sebanyak RM93.374 juta daripada Kerajaan di bawah peruntukan pembangunan P27 KKR bagi kerja-kerja penyelenggaraan cerun di Semenanjung Malaysia, termasuk kerja-kerja bersifat preventif.

Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata KKR prihatin dan komited menguruskan secara mapan cerun-cerun di sepanjang Jalan Persekutuan bagi meminimumkan risiko kejadian cerun runtuh setiap kali monsun melanda.

KKR terima peruntukan RM93.374 juta

KKR Terima Peruntukan RM93.374 Juta

“KKR sedar penutupan jalan yang kerap akibat kejadian cerun runtuh juga menyusahkan rakyat serta boleh menjejaskan aktiviti ekonomi dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan dengan itu, KKR akan menggunakan peruntukan itu untuk beberapa skop kerja-kerja penyelenggaraan, antaranya sebanyak 50 lokasi kerja-kerja pembaikan cerun baharu yang dikenal pasti akan dipulihkan menerusi Arahan Kerja (AK) dengan kos RM59.885 juta.

Selain itu, kerja-kerja sambungan penyenggaraan sedia juga ada akan diteruskan di 29 lokasi dengan anggaran kos sebanyak RM29.233 juta serta RM4.255 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja menaik taraf sistem amaran awal tanah runtuh, kerja pengumpulan data dan pengemaskinian peta bahaya risiko cerun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: CIDB Perkenal Fasiliti Pengujian Infrastruktur Rel Di Malaysia

Dalam pada itu, Nanta Linggi turut menyerahkan Arahan Kerja Projek Penyenggaraan Cerun di Jalan Persekutuan, Semenanjung Malaysia bagi tahun 2025 kepada Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd pada Selasa.

“Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd merupakan kontraktor yang telah dilantik bagi membantu kerajaan melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun berdasarkan keperluan dan kelulusan oleh KKR.
“Kontrak kerja-kerja penyenggaraan ini telah berkuat kuasa mulai Januari 2022 dan akan tamat pada Januari 2028,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pula terus dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Projek.

KKR Terima Peruntukan RM93.374 Juta

CKC dan JKR Malaysia dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan menyelia kerja-kerja penyenggaraan cerun di sepanjang Jalan Persekutuan, Semenanjung Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelaskan tentang kontrak jangka panjang, Nanta Linggi berkata ini merupakan cerminan kepada keprihatinan dan komitmen Kerajaan MADANI serta iltizam KKR untuk terus menambah baik kualiti infrastruktur jalan raya, termasuk cerun demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

“Menerusi pendekatan baharu ini, kerja-kerja pemantauan cerun, penyenggaraan serta pembaikan cerun yang kritikal dapat ditangani dengan pantas berbanding dengan pelaksanaan prises perolehan biasa,” katanya.

Beliau turut melaporkan sepanjang 2024, KKR berjaya melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan cemerlang berdasarkan peruntukan kewangan sebanyak RM200.285 juta yang diterima dari Kerajaan.

Menurutnya, sebanyak 166 lokasi pembaikan cerun berjaya dilaksanakan dengan kos RM154.345 juta dan 20 lokasi cerun telah dilaksanakan kerja-kerja preventif dengan kos sebanyak RM24.199 juta.

Selain itu, KKR juga berjaya menaik taraf sistem amaran awal tanah runtuh, kerja pengumpulan data, pengemaskinian peta bahaya risiko cerun dan penyelenggaraan rutin cerun yang merupakan komitmen berterusan kerajaan dengan kos sebanyak RM21.74 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KKR berharap pihak kontraktor terus memacu prestasi dan komited untuk menyiapkan arahan kerja pembaikan cerun dengan menggunakan kaedah atau teknologi terkini mengikut piawaian ESG dan menyiapkannya dalam tempoh masa ditetapkan atau lebih awal.
“KKR pula komited untuk memastikan rakyat terus mendapat akses rangkaian jalan raya persekutuan yang berkualiti, selamat dan selesa,” kongsinya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Pendakwah dan penulis buku terkenal, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia pada jam 7.19 malam Selasa. Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham yang juga...

Spotlight

Dunia seni Hollywood dikejutkan dengan kematian pelakon veteran Dalyce Curry yang maut dalam kebakaran dahsyat dikenali sebagai Eaton Fire di kediamannya di Altadena, California,...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd