Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tergelincir Dari Belakang Lori Sampah, Pekerja Pembersihan Maut Dirempuh Kereta

Seorang pekerja pembersihan maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Saga dalam kejadian yang berlaku di Kampung Jabi, Besut, pagi tadi.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad memaklumkan, mangsa Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dikatakan berdiri di bahagian lori sampah itu dan akhirnya terjatuh ke atas kereta yang dipandu seorang wanita.

Foto: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Rozak berkata, sepasukan anggota polis diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkaitan nahas itu pada jam 8.05 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian, kereta dipandu oleh guru taska itu dalam perjalanan dari Kampung Apal ke Pasar Jabi.
“Apabila sampai di lokasi itu, kereta tersebut telah terlanggar mangsa yang terjatuh selepas tergelincir dari belakang lori sampah itu.
“Mangsa yang juga kelindan lori sampah cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd