Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tepati Ramalan, Michelle Yeoh Genggam Trofi Oscar

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, menepati ramalan apabila  diumum Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 .

Memetik laporan dari Berita Harian, beliau merupakan bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.

Difahamkan, anak kelahiran Ipoh Perak ini telah menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

“Ini membuktikan impian boleh menjadi kenyataan. Jangan biarkan sesiapa persoalkan kebanggaan kita.
“Saya dedikasikan kepada ibu dan keluarga saya kerana mereka adalah adiwira sebenar. Tanpa mereka saya tiada di sini. Dia menonton sekarang, saya menyayangi kalian,” katanya ketika memberi ucapan setelah menggenggam trofi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Yeoh telah memenangi anugerah tersebut selepas membawakan watak  Evelyn Quan Wang menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

Sebelum ini, Yeoh turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe Ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd