Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin, Perlekeh Tugas Ayahanda Ketika Jadi Agong

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan murka dan rasa terkilan dengan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Tengku Hassanal bertitah sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan beliau memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat yang mana Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Tengku Mahkota Pahang murka dengan Muhyiddin Yassin

Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin

Pada masa yang sama, baginda turut bertitah kenyataan Muhyiddin  juga kelihatan tidak matang, seakan-akan beliau masih tidak boleh menerima kenyataan beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Titahnya lagi, kenyataan tersebut juga sangat bahaya kerana ia terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecah belahkan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, baginda turut menjelaskan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi Perdana Menteri ke-10 berdasarkan undang-undang negara.

“Berdasarkan Perkara 40(2) Perkembangan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.
“Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
“Sungguhpun begitu, Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada Baginda,” titahnya.

Tengku Mahkota Pahang Murka Dengan Muhyiddin

Titahnya lagi, Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah juga telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara disamping turut bermusyawarah dan mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan barulah pelantikan Perdana Menteri dibuat.

“Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Anwar pada 19 Disember 2022. Sehubungan itu, keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah semasa Baginda memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” titahnya.

Susulan itu, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R merujuk raja, agama dan kaum.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua ahli politik, selaku pemimpin rakyat, mestilah sentiasa berpegang teguh pada Prinsip Rukun Negara dan terus-menerus untuk menyatupadukan rakyat agar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya lestari dan rakyatnya bahagia,” titahnya.

Sementara itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut menitahkan kepada seorang pengguna media sosial menghormati Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Husaimi Ibrahim telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan seorang pengguna media sosial menulis ‘respect lagi Tan Sri Muhyiddin’ pada satu perkongsian.

Tengku Ampuan Pahang bagaimanapun membalas komen tersebut dengan menitahkan pengguna media sosial itu untuk menghormati suaminya.

“Tolong hormat suami saya raja saya,” titah Tengku Ampuan Pahang ketika membalas komen berkenaan.

Terdahulu, tular video ucapan Muhyiddin ketika berkempen di Dun Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, sokongan yang diperoleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ceramah Muhyiddin itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

Susulan itu pada Menteri Besar Pahang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang didakwa biadab ke atas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi kenyataannya itu.

Sumber: Instagram Tengku Hassanal Ibrahim, TikTok Huzaimi Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd