Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tekanan Pada Leher Punca Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Di Sekolah – Polis

Punca kematian murid lelaki Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang, Rabu lalu, disahkan akibat tekanan pada leher.

Tekanan pada leher jadi punca kematian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati tiada kecederaan lain dikesan pada tubuh kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Tekanan Pada Leher

“Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada 27 individu bagi membantu siasatan. Fokus siasatan turut merangkumi punca tindakan sebelum kejadian berlaku serta keadaan mangsa ketika ditemui di lokasi,” katanya.

Artikel lain: Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Di Sekolah, Siasatan Ada Kaitan Unsur Buli

Beliau menegaskan, polis memerlukan ruang untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus dengan mengambil kira sensitiviti kes membabitkan kanak-kanak di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001, memandangkan sebahagian saksi juga terdiri daripada murid sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tekanan Pada Leher

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan mahupun menjejaskan reputasi pihak terlibat.

Terdahulu, polis memaklumkan kes berkenaan masih diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan sementara siasatan lanjut sedang dijalankan untuk merungkai punca sebenar insiden.

Tekanan Pada Leher

Dalam kejadian pada Rabu, murid berkenaan ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolah sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta oleh guru disiplin. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights pada malam sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd