Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ditanya Dalam Bahasa Inggeris, Tang Jie–Ee Wei Dipuji Martabat Bahasa Melayu

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencuri perhatian ramai apabila memilih untuk bertutur dalam Bahasa Melayu ketika ditemu bual selepas mencatat kemenangan di Istora Senayan, Jakarta, pada Ahad.

Tang Jie–Ee Wei dipuji martabat bahasa Melayu

Meskipun soalan diajukan dalam bahasa Inggeris oleh pengacara sukan sebaik mereka muncul juara Masters Indonesia, gandingan itu tetap memberi jawapan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Tang Jie–Ee Wei dipuji

Foto: Threads @eldoradohhh

Detik berkenaan dirakam ketika beregu itu memberikan reaksi terhadap soalan pengacara mengenai makna kejayaan yang diraih mereka dalam kejohanan tersebut.

“Pertama sekali, terima kasih kepada semua penyokong di Istora (Senayan). Saya rasa anda semua sangat luar biasa dengan penyokong dari Malaysia dan Indonesia, terima kasih banyak-banyak,” kata Ee Wei dalam satu rakaman video yang tular di aplikasi Threads.

Artikel lain: Tang Jie-Ee Wei Bangkit Juarai Masters Indonesia, Tewaskan Beregu Denmark

Tang Jie kemudiannya diajukan soalan juga, sama ada sorakan penonton serta sokongan padu penyokong di arena tersebut menjadi pembakar semangat buat mereka sepanjang aksi berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa sudah tentu, selalu kalau kita datang sini memang rasa suasana dan penyokong bagi banyak tekanan kalau lawan Indonesia. Jadi lain kali kalau lawan Indonesia, bagi peluang sikitlah,” ujarnya berseloroh.

Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu menerima reaksi positif dalam kalangan warganet yang memuji keberanian beregu berkenaan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu di pentas antarabangsa, walaupun sesi temu bual dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Momen membanggakan!

Tang Jie–Ee Wei dipuji

Rakyat Indonesia pun boleh faham

Tang Jie–Ee Wei dipuji

Tahniah! Martabatkan bahasa kebangsaan

Tang Jie–Ee Wei dipuji

Pasangan Tang Jie–Ee Wei muncul juara buat pertama kali musim ini selepas menundukkan wakil Denmark dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia.

Dalam perlawanan akhir berstatus Super 500 itu, gandingan nombor empat dunia tersebut menewaskan Mathias Christiansen–Alexandra Boje dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-11, dalam tempoh 57 minit.

Tang Jie–Ee Wei dipuji

Foto: Instagram @badmintalk_com

Kejayaan ini menandakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu meraih gelaran di Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd