Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Tamat Latihan Tentera, Jin BTS Bakal Sertai Larian Obor Sukan Olimpik Paris 2024

Ahli kumpulan BTS iaitu Jin bakal sertai larian obor sempena acara pembukaan temasya berprestij iaitu Sukan Olimpik Paris 2024.

Memetik laporan Dispatch, Jin akan berangkat ke Perancis dalam masa yang terdekat untuk mengambil bahagian dalam larian obor itu.

Jin BTS bakal sertai larian obor Sukan Olimpik

Jin BTS Bakal Sertai Larian Obor Sukan Olimpik

Bagaimanapun, buat masa sekarang lokasi dan jadual bagi penyertaan penyanyi berusia 32 tahun itu dalam larian tersebut masih belum dinyatakan.

Obor yang dinyalakan di Greece dan tiba di Perancis pada bulan lalu itu telah menjelajah ke lebih 400 bandar dan selepas menghabiskan perjalanannya sepanjan 12,000 km, ia akan tiba di tapak pembukaan Olimpik pada 27 Julai ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mirip Lisa Blackpink, Penjual Ayam Goreng Mahu Sertai Industri Hiburan Jika Ada Peluang

Selain Jin, terdapat kira-kira 11,000 pembawa obor dari pelbagai latar belakang yang bakal menyertai larian itu termasuklah pemain bola sepak, Didier Drogba, pemain bola keranjang, Tony Parker dan ramai lagi.

Jin BTS Bakal Sertai Larian Obor Sukan Olimpik

Sekadar info, Jin baru sahaja menyelesaikan latihan ketenteraan yang wajib disertai semua lelaki di Korea Selatan dan menjadi ahli BTS pertama yang melakukannya.

Jin turut dilaporkan sedang melakukan persediaan untuk membuat penampilan dalam rancangan varieti TV di saluran MBC pada pertengahan tahun ini bagi menandakan kemunculan semulanya secara rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Jin juga sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan single terbaru pada pertengahan tahun ini disamping turut menyuarakan keterujaannya untuk kembali beraksi.

Sumber: Dispatch

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd