Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Keputusan Kewangan 2024 Kukuh, Takaful Malaysia Rekod Peningkatan Keuntungan 9%

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia atau Kumpulan) mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Kumpulan merekodkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta pada tahun kewangan dalam tinjauan, melonjak sebanyak 9% daripada RM347.1 juta yang dicatatkan pada tahun 2023 dan peningkatan ini didorong oleh kenaikan dalam perkhidmatan takaful.

Takaful Malaysia rekod peningkatan keuntungan sebanyak 9%

Takaful Malaysia

Pendapatan Kumpulan pada tahun kewangan dalam tinjauan meningkat sebanyak 22% kepada RM3.58 bilion berbanding RM2.94 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Jumlah caruman dan sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am, serta peningkatan dalam perlindungan bagi kedua-dua perniagaan menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan Takaful Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata perniagaan takaful keluarga telah mencatat pendapatan sebanyak RM1.99 bilion pada tahun 2024 meningkat sebanyak 28% daripada RM1.55 bilion pada tahun 2023.

“Peningkatan ini didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan takaful,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Nor Azman turut memaklumkan perniagaan takaful am Kumpulan itu pula mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.46 bilion untuk tahun kewangan dalam tinjauan.

“Ia meningkat sebanyak 14% lebih tinggi berbamding RM1.28 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
“Peningkatan pendapatan perniagaan takaful am kami disokong oleh jumlah sumbangan yang lebih tinggi daripada kelas perniagaan kebakaran dan motor,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Takaful Malaysia juga telah mencatat prestasi yang membanggakan pada tahun 2024 melalui portfolio perniagaan teras dalam bankatakaful, perbendaharaan, manfaat pekerja dan takaful am.

“Platform dan jenama digital kami, Kaotim yang menawarkan rangkaian perlindungan komprehensif, berpatutan serta mudah diakses, telah memberikan hasil yang positif.
“Sejajar dengan permintaan berpatutan serta mudah diakses, telah memberikan hasil yang positif. Sejajar dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang, kami terus memperluaskan kedudukan kami dalam pasaran runcit dengan menumpukan kepada penyelesaian perlindungan yang komprehensif dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.
“Menyedari kepentingan perlindungan mampu milik dan pengukuhan kewangan para pelanggan, kami komited untuk menawarkan produk dan perlindungan yang memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Selaras dengan komitmen Takaful Malaysia terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Kumpulan telah secara aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kemampanan korporat pada tahun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Laksana Karnival Wanita MADANI 2025, MAWIM Perkasa Wanita Malaysia Dalam Pelbagai Aspek

Ini termasuk pengurusan risiko iklim, amalan penjagaan alam sekitar, pelaburan yang bertanggungjawab dan program pemerkasaan komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan tumpuan strategik Takaful Malaysia terhadap pemeliharaan alam sekitar, kesan sosial yang positif dan amalan tadbir urus.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Kelestarian, Takaful Malaysia akan memperkenalkan sebuah program kepimpinan belia iaitu ‘Takaful 100 Youth Leadership Program’ yang mengetengahkan aspirasi dan peranan penting Kumpulan demi memastikan kelangsungan kepimpinan masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nor Azman turut berkata Takaful Malaysia kekal komited dan berwaspada dalam mengekalkan pertumbuhan perniagaan bagi mencapai keuntungan mampan.

“Hala tuju strategik kami adalah untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan dan memacu pertumbuhan jangka panjang serta melengkapkan perniagaan teras kami, sekaligus memberikan pulangan yang lebih maksimum kepada para pemegang kepentingan kami.
“Menjadi keutamaan kami untuk memacu agenda transformasi digital, dengan penekanan khusus pada pelaburan dalam teknologi dan inovasi bagi meningkatkan kecekapan operasi, pengalaman pelanggan dan mengekalkan daya saing dalam industri.
“Kami berhasrat membina legasi yang kukuh dan berdaya tahan untuk generasi akan datang, serta memastikan Takaful Malaysia kekal sebagai institusi kewangan Islam yang dipercayai,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini. Menerusi komen...

Sukan

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul kejuaraan dalam kategori beregu lelaki di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila dua wakil negara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd