Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Akan Berdiam Diri, Yaman Isytihar Perang Terhadap Israel

Sejak kelmarin, kecoh di media sosial Tentera Huthi Yaman yang mendapat sokongan Iran isytihar perang terhadap Israel jika berterusan melakukan peperangan terhadap pejuang Hamas di Gaza.

Menurut laporan Berita Harian, pendirian tersebut dimaklumkan sendiri oleh  tentera Huthi, Angkatan Bersenjata Yaman yang difahamkan sudah berjaya melepaskan dron dan peluru berpandu balistik dalam tiga operasi berasingan ke atas rejim itu.

“Angkatan Bersenjata Yaman mengesahkan mereka akan terus melakukan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron sehingga pencerobohan Israel berhenti,” katanya.

Yaman isytihar perang

Artikel lain: Tolak Genjatan Senjata, Israel Mahu Perang Hingga Menang Pertempuran

Tentera Huthi telah melancarkan peluru berpandu balistik dan sejumlah besar pesawat bersenjata ke arah Israel secara besar-besaran sejak kelmarin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Israel telah mengeluarkan amaran di pusat peranginan Laut Merahnya, di Eilat, terhadap penduduknya dimana berlakunya pencerobohan pesawat.

Perdana Menteri kerajaan Huthi, Abdelaziz Habtour serangan yang dilakukan oleh tenteranya adalah tindak balas terhadap kekejaman zionis yang tidak henti melakukan serangan sejak 7 Oktober lalu.

Peperangan itu turut  disokong Teheran di Lubnan, Syria dan Iraq dan pertempuran tersebut menggunakan segala kemudahan yang ada termasuklah dron.

“Ia adalah satu paksi dan terdapat penyelarasan yang berlaku serta perintah bersama untuk semua operasi ini. Kita tidak boleh membenarkan musuh Zionis yang angkuh ini membunuh rakyat kita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Spotlight

Pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali mendedahkan pengalaman hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan bersama isteri Alyssa Daguise yang menurutnya penuh dengan cabaran dan sangat...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd