Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tajaan Syarikat Minuman Keras: Loke Beri Penjelasan Kepada Jemaah Menteri Esok

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook akan membawa isu pemberian sumbangan dan tajaan daripada syarikat minuman keras kepada sekolah-sekolah Cina ke mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Menurut laporan Sinar Harian, Loke berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak dijadikan isu oleh sesetengah pihak kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpulkan dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

Foto: Sinar Harian

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sejak 30 tahun lalu dan saya juga ada menghadirinya.
“Selama ini tidak pernah timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program TVET Permotoran@ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mantin, Seremban hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, syarikat-syarikat korporat minuman keras khususnya dalam masyarakat Cina memang sentiasa menganjurkan program seperti itu sebagai bentuk konsert amal dan biasanya diadakan di luar sekolah yang bertujuan untuk mengutip dana bagi pembangunan sekolah.

Foto: Media Sosial

“Jadi esok dalam mesyuarat Kabinet saya akan berikan penjelasan juga kepada Jemaah Menteri,” jelas beliau.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan sebuah sekolah rendah di Sepang, Selangor telah menganjurkan konsert amal dengan penglibatan sebuah syarikat minuman keras yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam program tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut selain turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd