Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sultan Selangor Murka, Tindakan Melampau MFL Rosakkan Imej Industri Bola Sepak

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan kecewa dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertindak mengenakan empat hukuman ke atas Selangor FC (SFC) di atas ketidakhadiran skuad tersebut dalam Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah dengan terkejut dan kecewa khususnya kepada Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kerana dilihat tidak serius bersuara dan memperjuangkan nasib SFC dengan tegas mengenai isu tersebut.

Foto: FB Selangor Royal Office 

“Beta amat murka dengan keputusan terbaharu MFL ini yang Beta anggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,” titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin juga bertitah, sukan bola sepak yang sepatutnya menjadi platform perpaduan kini telah dicemari dengan keganasan, malah MFL dan FAM dilihat langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Google

“Beta juga amat pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak-pihak yang teraniaya dalam isu ini.
“Harus diingat, apa yang berlaku ini bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC,” titah baginda.

Baginda turut memaklumkan bahawa tidak akan teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu, sekiranya baginda masih menjadi peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC.

Foto: MFL

Sultan Selangor kesembilan itu juga menegaskan tindakan melampau MFL langsung tidak melambangkan semangat kesukanan yang tinggi dan hanya merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan bola sepak di negara sekali gus mengingatkan kepada MFL supaya membuat keputusan dengan berhati-hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd