Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sultan Pahang Saran Kerajaan Haramkan Vape

Kerajaan disaran mengharamkan secara menyeluruh terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik yang dikatakan menjadi salah satu punca kepada penagihan dadah.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan perkara tersebut selepas baginda menzahirkan kebimbangan terhadap jumlah penagih di negeri Pahang.

Baginda bertitah, Pahang mencatat 11,750 penagih di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan 57 peratus daripadanya berusia 15 hingga 30 tahun.

“Antara sebab mereka (penagih dadah) terlibat, secara langsung dan tidak langsung ialah kerana bermula dengan rokok dan sekarang ada alat vape. Alat ini adalah alat yang merosakkan kesihatan.
“Saya menyuarakan kepada pihak kerajaan supaya alat ini perlu diharamkan secara total supaya tidak perlu hendak beri pertimbangan sewajarnya dan terbukti bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia,” titah baginda dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di Hotel The Zenith, Kuantan pada Isnin.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut mengiringi keberangkatan baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pihak terutama ibu bapa untuk bersama membantu membanteras gejala dadah yang semakin berleluasa di negeri tersebut.

“Sudah sampai masanya ibu bapa di negeri Pahang ini tidak kiralah yang ada anak terlibat atau tidak terlibat bangkit untuk membantu, berilah nasihat yang sewajarnya,” titah baginda.

Sumber: Utusan Malaysia (Norhafizan Zulkifli)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd