Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

SUKMA 2024: Silambam Dan Kabbadi Beri Peluang Cungkil Bakat Belia India

Silambam dan Kabbadi yang sebelum ini hanya sekadar sukan demo telah membuat penampilan di SUKMA 2024 akan terus disenaraikan di SUKMA 2026 sebagai sukan pingat.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, kemasukan kedua-dua sukan tradisional India itu telah diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) pada 12 Jun 2023.

“Silambam dan Kabbadi yang sebelum ini tampil hanya sekadar sukan demo telah membuat penampilan di SUKMA 2024.
“Ini menunjukkan Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan kepada sukan tradisi agar tidak lupus ditelan zaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

KBS berkata, penyertaan Silambam dan Kabbadi itu akan memberi peluang bagi mencungkil bakat dari kalangan belia India dalam SUKMA.

“Mereka (belia India) mempunyai peluang untuk bertanding di arena antarabangsa seperti di Sukan Asia yang turut mempertandingkan sukan Kabaddi,” ujarnya.

Sementara itu, Menterinya Hannah Yeoh telah menghadiri perlawanan sukan Silambam yang dipertandingkan pada SUKMA 2024 di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SUKMA ke-21 yang diadakan di Sarawak melibatkan sembilan bahagian di negeri itu dan telah bermula dari 17 Ogos hingga 24 Ogos depan, dengan penyertaan 15 buah pasukan dari pelbagai negeri selain seramai 9,927 atlet akan bertanding dalam temasya berkenaan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd