Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

SUKMA 2024: Bryan Hadiahkan Melaka Emas Pertama Dalam Acara Wushu

Atlet wushu Melaka, Bryan Ti Kai Jie menghadiahkan pingat emas pertama buat negeri itu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 edisi ke-21 pada hari ini.

Menurut satu laporan Bernama, atlet berusia 20 tahun itu mencatatkan mata tertinggi 9.600 sekali gus mengatasi 16 pencabarnya di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya, Kuching.

Foto: Bernama

Pingat perak pula menjadi milik atlet dari tuan rumah Fung Tai Leong dari Sarawak. Wakil Perak, Foo Mun Fei terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa walaupun berkongsi 9.560 mata dengan Tai Leong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan Bryan itu juga menjadikan dia satu-satunya atlet yang berjaya merangkul emas buat Melaka pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

Sementara itu, SUKMA 2024 dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak antaranya Kuching, Kota Samarahan, Serian, Betong, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Foto: The Star

Sebanyak 37 jenis sukan dipertandingkan dengan membabitkan 488 acara yang terdiri 236 bagi acara lelaki, 217 wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Temasya itu juga dijangka turut menghimpunkan seramai 12,619 atlet dan pegawai.

Sukan Wushu menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan dengan menawarkan 28 pingat emas secara keseluruhan sepanjang tiga hari pertandingan yang bermula hari ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd