Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suhu Terlalu Panas, Patung Lilin Replika Abraham Lincoln Dilaporkan Cair

Patung lilin replika Abraham Lincoln dilaporkan mencair secara perlahan akibat daripada suhu yang membahang hampir 100 darjah Fahrenheit atau 37 darjah Selsius di Washington DC sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, patung lilin setinggi 1.8 meter di Memorial Lincoln tersebut dilihat tidak mampu menampung suhu panas yang sedang melanda Washington DC sehingga menyebabkan sebahagian daripada kepalanya mencair dan jatuh.

Foto: Reuters

“Patung berkenaan didirikan sebagai satu penghormatan kepada presiden ikonik Amerika Syarikat ke-16 itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Kurator Culturaldc Kristi Maiselman pula dilaporkan berkata, insdien tersebut telah membawa kepada satu siasatan dan pemerhatian terhadap kesan projek mereka ke atas cuaca panas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maiselman juga memaklumkan bahawa bahagian kepala yang cair tersebut berkemungkinan tidak akan dipasang semula kerana berisiko akan jatuh semula selain bimbang mengalami kerosakan tambahan sepanjang musim panas.

Foto: istockphoto.com

Untuk makluman, penghasilan dan pembinaan patung lilin tersebut telah menggunakan lilin sebenar dengan sumbu dan merupakan sebahagian daripada satu siri patung monumen lilin yang terdapat di Washington DC.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd