Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sudah Dipindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Dijangka Pulang Dua Minggu Lagi

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim telah dipindahkan ke wad biasa memandangkan keadaannya yang bertambah baik serta dijangka pulang ke rumah dalam tempoh dua minggu lagi.

Menerusi laporan portal Makanbola, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, meskipun pemain berusia 26 tahun itu masih belum dibenarkan untuk menerima pelawat, namun dia kini telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, Shahril turut memaklumkan bahawa pakar sedang memantau keadaan Faisal dan prosedur berikutnya berkemungkinan dilaksanakan pada minggu hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) Faisal sudah dipindahkan dari (wad) ICU ke wad biasa. Tetapi masih tidak dibenarkan menerima pelawat kerana keadaannya yang masih sensitif.
“Tapi alhamdulillah, Faisal stabil. Insya Allah, selepas ini pakar masih memantau keadaan Faisal. Insya Allah, prosedur seterusnya saya difahamkan akan berlaku pada minggu depan sama ada hari Isnin atau Selasa,” katanya pada Selasa.

Jelasnya, keadaan Faisal yang semakin baik itu masih memerlukan masa untuk pulih dan tonggak utama Selangor FC itu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.

Foto: FB Selangor FC

“Perkembangan itu baik tetapi saya mengikut nasihat doktor. Saya difahamkan keadaan (Faisal) bertambah baik tetapi ianya mengambil masa yang lama.
“Mungkin ada yang tanya berapa lama Faisal akan berada di hospital. Saya rasa paling kurang dua minggu lagi,” ujarnya.

Difahamkan, selain menunjukkan perkembangan positif, Faisal kini dikatakan telah memulakan aktiviti ringan seperti makan dan berjalan.

Sumber: Makanbola (Azim Noor)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd