Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya.
Suami dakwa isteri disondol lelaki lain
Menerusi perkongsian di Threads, si suami memberitahu orang ketiga yang cuba menganggu rumah tangga mereka merupakan pekerja baharu di tempat isterinya malah terus dinaikkan pangkat biarpun tidak memenuhi kriteria kepakaran yang diperlukan dalam jawatan tersebut.
“Budak ni umur 24. Baru je masuk kerja kat Chery, terus dapat tempat strategik.
“Bos dia merupakan bini aku. Baru kerja, dah dipuji macam dia maha hebat. Padahal tahu buat report je pun. Tapi entahlah, mungkin ade “ilmu” lain.
“Beberapa bulan dia kerja, bini aku berubah. Keluar kerja macam nak pergi gala dinner. Rupanya nak pergi kerja sekali dengan si babi ni.
“Baru aku faham kenapa setiap pagi macam fashion show. Lepas tu, sebelum raya, bini minta cerai. Bila aku tanya, tak mengaku ada skandal. Aku cakap “Nanti aku fikirkan” tapi gaya dia macam dah anggap status janda tu confirm, yakin betul,” luah si suami di Threads pada Isnin.
Lelaki tersebut turut mendedahkan berhubung status isterinya yang masih sah dan berharap perbuatan terkutuk ini dapat dihentikan sekali gus menyedari kesalahan diri masing-masing.
“Kepada mereka yang bertanya sama ada dia masih bini aku atau tak, jawapannya ya dia isteri aku.
“Tujuan aku viralkan benda ni sebab aku nak sampaikan ke org atasan Chery sebab aku dah buat laporan ke Head Of Department (HOD) and Human Resource (HR) tetapi sampai sekarang bini aku dengan b*bi ni kerja macam biasa.
“Mereka berdua dah tahu lama aku ade bukti ni tapi pilih untuk menggatal macam biasa. Mintak maaf? Memang tak lah sebab mereka rasa mereka betul,” jelasnya.
Dalam pada itu, lelaki tersebut mendakwa isterinya sudah mula menghasut anak-anak mereka untuk membenci dirinya dan mula berpura-pura menjadi mangsa keadaan.
“Baca dan hadamkan kalau bini aku dah mula mesej macam ini tapi aku yang salah faham? Diri sendiri perangai macam taik lepas tu play victim jual cerita macam die suci!
“Bini dah siap racun otak anak aku sampai benci kat aku dan taknak jumpa aku sekarang. Kau nak si babi ni aku sikit tak heran, anak-anak aku kau jangan kacau,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Suami Berulang Kali Curang, Siap Beraya Dengan Skandal – “Kawan2 Pun Pandai Sorok”
Setakat ini, lelaki tersebut masih tidak mendedahkan indentitinya dan juga wajah isteri yang didakwa berlaku curang namun wajah orang ketiga yang menjadi punca keretakan dalam rumah tangga mereka di muat naik di beberapa platform media sosial.
Sumber: Threads fazdanielchery
