Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

STPM Setanding Program Antarabangsa, Wajar Jadi Pilihan Lepasan SPM – Fadhlina

Tingkatan Enam kini wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menurut laporan Buletin TV3, beliau berkta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah kelayakan bertaraf antarabangsa yang mendapat pengiktirafan daripada lebih 2,000 universiti di seluruh dunia.

Foto: Buletin TV3

“STPM bukanlah laluan kelas kedua. Ia setanding dengan program antarabangsa seperti Cambridge dan menawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat global,” katanya.

Penjenamaan semula Tingkatan Enam merupakan salah satu langkah strategik di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bertujuan memperkasakan laluan pasca menengah.

Ini sejajar dengan usaha kerajaan memastikan setiap pelajar di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berimpak tinggi.

“Bermula tahun 2025, kerajaan juga memperluas Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid Tingkatan Enam, melibatkan lebih 100,000 pelajar dengan peruntukan sebanyak RM15 juta dan inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesaksamaan dalam akses pendidikan serta membantu meringankan beban kewangan keluarga pelajar” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dermasiswa Pelajar STPM anjuran Farm Fresh Berhad Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, Nibong Tebal semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelajar Tingkatan Enam daripada keluarga berpendapatan rendah turut menerima manfaat tambahan melalui program Dermasiswa STPM anjuran Farm Fresh Berhad.

Melalui program ini, pelajar yang layak akan menerima bantuan tunai RM100 sebulan bermula Mei hingga hujung tahun 2025.

Foto: FMT

Fadhlina memaklumkan, sebanyak 500 pelajar dari 10 negeri di Semenanjung telah dikenal pasti sebagai penerima awal, dengan sasaran program ini akan berterusan hingga tahun 2029 dan jumlah keseluruhan perbelanjaan dijangka mencecah RM2.8 juta.

“Kami amat menghargai komitmen besar yang ditunjukkan oleh pihak korporat dalam menyokong pendidikan anak-anak Malaysia. Program seperti ini bukan sahaja menyantuni keperluan semasa pelajar, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan modal insan negara,” jelasnya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd