Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Tumpas Sindiket Seludup Vape Di Kargo KLIA, Negara Rugi Kutipan Cukai RM8 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas

seludup vape

Foto: Bernama

14 individu ditahan susulan sindiket seludup vape

Menurut laporan BERNAMA, sebanyak 14 individu termasuk enam pegawai kastam telah ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya.

Sindiket tersebut terbongkar menerusi Ops Airways dan berjaya menahan suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an yang mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai dianggarkan berjumlah RM8 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

seludup vape

Foto: Utusan Online

“Pemeriksaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menemukan 32,000 unit vape di dalam lori yang ditahan, dengan cukai dianggarkan bernilai RM1.9 juta,” kata sumber SPRM.

Serbuan di gudang pertama membawa penemuan 90,000 unit vape bernilai RM5.4 juta yang tidak dibayar cukai.

“Di gudang kedua, SPRM turut menemui berpuluh ribu unit vape, menjadikan jumlah kerugian cukai kepada negara dianggarkan RM8 juta,” tambahnya.

Artikel lain: Merokok Di Restoran, Dr Dzulkefly Dedah Tok Mat Minta Sendiri Dikompaun KKM

Intipan selama tiga bulan mendedahkan vape yang diseludup tidak diikrarkan dan tiada dokumen dicatatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SPRM turut menyita wang berjumlah RM250,000, empat jam tangan, tujuh anting-anting, seutas rantai, tiga gelang tangan, dua cincin, satu pouch, dua beg tangan wanita, seutas tali pinggang, satu unit pemacu keras, satu unit monitor, dua unit pemprosesan pusat dan dua buah lori,” ujarnya.

Pada masa sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

Kesemua 14 individu, termasuk enam pegawai kastam, empat pengarah syarikat dan dua individu lain direman empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.

Seorang pengarah syarikat dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd