Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kartel Susu Tepung: SPRM Ambil Keterangan 10 Individu

SPRM ambil keterangan 10 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan 10 individu termasuk pemegang saham syarikat pembekalan susu kepada kerajaan bagi membantu siasatan kes kartel projek pembekalan susu tepung yang dipercayai bernilai RM120 juta.

SPRM ambil keterangan 10 individu

SPRM ambil keterangan 10 individu

Foto: TVS

Memetik laporan Harian Metro, dalang utama iaitu tiga sekeluarga yang memonopoli tender pembekalan susu itu turut direkod keterangannya oleh pegawai SPRM pada kelmarin dan semalam.

“Selain mereka, turut diambil keterangan adalah pemegang saham dan pembekal susu tepung ke hospital serta penjara.
“Buat masa ini belum ada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Kami juga akan menjalankan siasatan terhadap pihak jabatan kerajaan yang dikaitkan dengan kartel itu,” kata SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.
SPRM ambil keterangan 10 individu

Foto: Nur Farhana

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan turut membekukan puluhan akaun yang terdiri daripada akaun individu dan syarikat dengan anggaran bernilai sebanyak RM174.6 juta.

Difahamkan, pelbagai dokumen membabitkan kontrak pembekalan susu tepung, dokumen kewangan, telefon bimbit serta komputer riba turut disita bagi membantu siasatan lanjut dilakukan.

Artikel lain: SPRM Siasat Tiga Dalang Kartel Bekal Susu Tepung Bernilai RM120 Juta

Terdahulu, media melaporkan, tiga sekeluarga disyaki menjadi dalang memonopoli tender pembekalan susu kepada jabatan kerajaan sejak dua dekad lalu telah ditahan menerusi Op White pada Selasa lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, operasi itu dijalankan secara bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM), mendapati kesemua premis diserbu disyaki menyimpan segala dokumen berkaitan kontrak pembekalan susu tepung sejak tahun 2019 susulan tidak memenuhi piawaian standard SIRIM.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd