Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

SPRM Bertegas Tetap Mahu Lucut Harta Daim – Azam Baki

SPRM bertegas lucut harta Daim

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap dengan pendiriannya untuk mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga yang dilaporkan tidak diisytihar.

SPRM bertegas lucut harta Daim

SPRM bertegas lucut harta Daim

Foto: The Edge Malaysia

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memberitahu berkemungkinan besar terdapat banyak kertas siasatan akan dibuka dalam usaha melucutkan hak pemilikan harta tersebut.

Azam juga turut memberi keyataan balas terhadap isteri Daim yang mendakwa tindakan itu dilihat tidak masuk akal dan tidak mengikut peraturan undang-undang.

“Berasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau dan mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja pandangan mereka.
“Namun di pihak saya, kita akan meneruskan tindakan yang diatur dan dirancang, bagi tujuan menentukan hak untuk harta-harta itu, yang kita rasakan ia diperoleh dengan menyalahi undang-undang,” kata Azam Universiti Islam Selangor (UIS) Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Azam menjelaskan berhubung kertas siasatan SPRM yang dijangkakan bertambah daripada lapan sedia ada.

SPRM bertegas lucut harta Daim

Foto: Harian Metro

“Jumlah keseluruhan harta yang dikesan SPRM setakat ini adalah RM2 bilion tetapi ia mempunyai pecahan-pecahannya (untuk dilucutkan hak). Setiap harta yang berkaitan (dilucutkan hak) memerlukan satu permohonan kertas siasatan.
“Setakat ini ada lapan kertas siasatan sahaja yang dibuka dan ya… ia mungkin bertambah… mungkin selepas ini,” jelasnya.

Artikel lain: Peguam Anggap Sebagai Balas Dendam, Persoal Cadangan SPRM Lucut Harta Tun Daim

Terdahulu, media melaporkan, SPRM sedang berusaha melucutkan hak pemilikan harta milik Daim yang kini sedang dibekukan dan agensi itu percaya terdapat lebih banyak lagi harta lain tidak diisytihar berada di luar negara milik keluarga serta proksi Daim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes ini telah mendapat perhatian peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mendakwa kenyataan tersebut tidak masuk akal, dan dibuat kerana bertujuan ingin membalas dendam.

Sumber: Berita Harian (Ilah Hafiz Aziz)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd