Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

SPM 2024: Pelajar Peluk Guard Sekolah, Tak Lupa Ucap Terima Kasih

Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 membuka satu lembaran baharu dalam perjalanan pendidikan setelah keputusan peperiksaan itu diumumkan pada hari ini.

Tular satu hantaran di laman Facebook, memperlihatkan seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Miri bertindak memeluk pengawal keselamatan atau ‘guard’ dipercayai selepas mengambil keputusan SPM.

Pelajar SPM peluk pengawal keselamatan

SPM 2024

Menerusi hantaran dipercayai dibuat oleh seorang guru Ahmad Fauzi, dia berkongsi bahawa para pelajarnya mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan tersebut kerana percaya setiap individu yang ada di sekolah turut menjadi sebahagian penting dalam kejayaan anak-anak muridnya.

“Dari jauh saya lihat, beberapa pelajar tenang sahaja jalan ke pagar. Mereka salam dan berpelukan dengan pengawal keselamatan sekolah.
“Rupa-rupanya, mereka nak ucap terima kasih, bagi mereka semua orang main peranan bukan sahaja cikgu tetapi pengawal keselamatan juga sentiasa menjaga keselamatan mereka, yang bagi salam, yang doakan dalam diam.
“Mereka tahu kejayaan tu bukan usaha mereka seorang tetapi ada pengawal keselamatan, tukang sapu, mak cik kantin yang turut tumpang bangga dengan kejayaan SPM SMKKAMi,” tulis Fauzi hari ini.

SPM 2024

Sementara itu, pendidik tersebut menzahirkan rasa syukur kerana anak-anak muridnya berjaya melakar sejarah memperbaiki Gred Purata Sekolah (GPS) berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah, terima kasih semua. GPS terbaik dalam sejarah SMKAMi,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji adab yang ditunjukkan pelajar itu kerana menghargai setiap insan tanpa melihat status dan pangkat seseorang.

Malah, ada juga yang turut mendoakan agar pelajar itu menjadi anak soleh dan dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu agar menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Moga jadi anak soleh

SPM 2024

Tahniah, adab yang terpuji

SPM 2024

Penyumbang kemenjadian pelajar

SPM 2024

SPM 2024

Artikel lain: Pernah Tular Nenek Baca Yassin Di Sekolah, Cucu Hadiahkan Keputusan 9A SPM 2024

Untuk rekod,  keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Analisis keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 meningkat kepada 14,179 atau 3.7 peratus, berbanding 11,713 calon pada 2023.

Sumber: Facebook Ahmad Fauzi

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd