Song Mino dilaporkan curi tulang dan merokok sewaktu berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam ketenteraan di Kemudahan Khidmat Masyarakat Mapo, Korea.
Memetik laporan dari media tempatan, Koreaboo, anggota kumpulan WINNER yang berusia 31 tahun itu sepatutnya bertugas sebagai pekerja perkhidmatan awam di sana namun hanya akan muncul sewaktu mendaftar kehadiran, pergi merokok dan kemudian menghilang.
Malahan, Song Mino dikatakan jarang terlihat sepanjang berada di lokasi tersebut antara bulan November hingga awal Disember.
Foto: Dispatch
Kehadirannya Telah Dimanipulasi?
Nanun begitu, merujuk kepada Dispatch pula, pihak mereka mengesahkan kehadiran selebriti berkenaan telah dimanipulasi semasa penyiasatan di lokasi terbabit kerana tidak pernah melihat selebriti itu walau sekalipun sepanjang 10 kali melawat tempat kerjanya.
Mereka juga merasakan terdapat kecurigaan mengenai hubungan antara Pengurus L dan Song Mino.
Walau bagaimanapun, Pengurus L mendedahkan bahawa Song Mino terus hadir bekerja selepas percutian Hawaii-nya.
Foto: Dispatch
Akan tetapi, sewaktu media itu meminta untuk melihat rekod atau rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengurus berkenaan menyatakan perkara tersebut merupakan maklumat peribadi.
Dia kelihatan sangat berusaha untuk menyembunyikan prestasi buruk Song Mino.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional Korea
Ketua Bahagian Perkhidmatan Sosial memberi respon, bahawa dia yakin Mino sedang menjalankan kewajipan sebagai pekerja perkhidmatan awam dengan baik.
Mereka memahami bahawa kontroversi pemakaian selebriti berkenaan ketika berkhidmat sebelum ini telah melanggar etika pemakaian yang sepatutnya dan sudah memberikan teguran serta tindakan sewajarnya kepada Mino.
Foto: Dispatch
“Saya faham bahawa Song Mino sedang menjalankan tugasnya dengan normal.
“Bahkan semasa kontroversi mengenai rambut panjang, Song Mino, saya pergi ke lokasi dan memeriksa pakaiannya. Saya berkomunikasi dengan pengurus L, orang yang bertanggungjawab ke atas lokasi perkhidmatannya.” katanya.
Song Mino dilaporkan curi tulang, ada bilik khas sendiri untuk tidur
Pengurus L mengakui bahawa sebahagian selebriti sukar untuk berkhidmat dalam tugas ketenteraan.
Hal ini susulan Song Mino dikhabarkan memiliki bilik kecil khas tanpa pengawasan untuknya berehat tidur.
Foto: Carian Google
“Tetapi selebriti sukar bekerja. Mereka berbaring di meja dan tidur sepanjang hari. Song Mino bahkan mempunyai bilik kecil tanpa orang lain.
“Kadang-kadang dia tidur di tengah-tengahnya. Ada bilik sebelah. Ada kalanya dia menggunakan cuti tahunan dan kadang-kadang dia pergi ke hospital.
“Sebenarnya, kami sembunyikan dia di bilik sebelah untuk mengelakkan pendedahan. Ramai orang datang untuk melihatnya dan dia menghadapi beberapa kesukaran fizikal dan mental” ujar Pengurus L.
Dalam pada itu, YG Entertainment agensi syarikat selebriti berkenaan juga menafikan tuduhan perkhidmatan awam yang buruk dilakukan selebriti berkenaan.
Foto: Pinterest
“Dia sedang menjalankan tugas ketenteraannya dengan normal. Kami tidak dapat mengesahkan keadaan peribadinya kepada umum,” jelas syarikat berkenaan ketika ditemui media.
Artikel lain: Akhirnya Permintaan Blackjack Malaysia Termakbul, 2NE1 Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur
Sementara itu, Song Mino dijadualkan akan dibebaskan dari perkhidmatan tentera pada 23 Disember.
Difahamkan, penyanyi terbabit dilaporkan sedang berkhidmat dan bersedia untuk majlis pembebasan ketenteraan pada 24 hingga 25 Disember ini.
Sumber: Koreaboo