Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Siti Mastura Selesai Bayar Saman Fitnah RM830,034.75 Terhadap Tiga Pemimpin DAP

Susulan kes kalah saman fitnah terhadap tiga veteran dan pemimpin DAP, Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad selesai membayar RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi, kos guaman dan faedah susulan kalah saman fitnah

Menurut laporan Berita Harian, pembayaran ganti rugi itu dibuat semalam melalui penyerahan cek kepada peguam Datuk Sankara Nair yang mewakili plaintif iaitu veteran DAP, Lim Kit Siang, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Siti Mastura bayar saman fitnah RM830,000

Siti Mastura

Foto: Sinar Harian

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Siti Mastura, Yusfarizal Yusoff hari ini ketika permohonannya untuk menangguhkan penghakiman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan dikemukakan di hadapan Hakim Quay Chew Soon.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin memaklumkan satu persetujuan telah dicapai, dan saya percaya Datuk Nair (peguam pihak plaintif) boleh mengesahkan perkara ini.
“Defendan telah membuat pembayaran ke akaun firma guaman Datuk Nair dengan syarat wang berkenaan disimpan di dalam akaun tersebut sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai,” katanya.

Siti Mastura

Foto: YouTube N.A.f Studio

Difahamkan, Sankara telah mengesahkan cek pembayaran berkenaan telah diterima dan jumlah itu termasuk faedah, menjadikan keseluruhan RM830,034.75.

Terdahulu, Yusfarizal dan Sankara mengadakan pertemuan dengan Hakim Mahkamah Tinggi, Chew Soon di kamar mahkamah.

Menurut Yusfarizal, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan berhubung perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan turut menetapkan 13 Mac depan untuk mendengar rayuan Siti Mastura.

Foto: Carian Google

Artikel lain: Fitnah Tiga Pemimpin DAP, Siti Mastura Kalah Saman Diarah Bayar RM815,000

Pada 4 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan Siti Mastura membayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, RM200,000 kepada Kok, dan RM25,000 sebagai kos guaman kepada setiap seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon memutuskan demikian selepas tiga pemimpin DAP itu selaku plaintif berjaya membuktikan elemen fitnah dalam tuntutannya terhadap Siti Mastura selaku defendan.

Dalam keputusan penghakiman memutuskan kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan ketiga-tiga plaintif mempunyai pertalian dengan komunis dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai fitnah serta tidak disokong bukti.

Sumber: Berita Harian (Siti Aminah Mohd Yusof)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd