Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalur Gemilang Tak Lengkap Tanpa Bulan Sabit: Sin Chew Gantung Tugas Dua Editor

Sin Chew Gantung

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, mengambil tindakan tegas dengan menggantung tugas dua editornya berikutan kesilapan mencetak ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap.

Dua individu yang dikenakan tindakan tatatertib tersebut adalah Ketua Pengarang Eksekutif, Chan Aun Kuang, dan Timbalan Ketua Penyunting Bahagian Suntingan akhbar berkenaan.

Sin Chew Gantung Tugas Dua Editor

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihak pengurusan Sin Chew Daily mengumumkan bahawa keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sehingga siasatan penuh selesai dijalankan.

“Pihak pengurusan Sin Chew Daily mengumumkan bahawa keputusan ini berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sehingga siasatan selesai,” menurut kenyataan akhbar itu hari ini.

Keputusan ini menggambarkan keseriusan pihak pengurusan akhbar dalam memastikan ketepatan dan kualiti dalam setiap terbitan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit: Sin Chew Ambil Tindakan Tatatertib, Ikrar Lebih Berhati-Hati

Semalam, Sin Chew dalam satu kenyataan memaklumkan pihkanya telah mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan sabit pada hadapan akhbar bertarikh kelmarin.

Pihaknya turut memaklumkan jabatan editorial akan memperketatkan prosedur semakan dalaman, khususnya melibatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, susulan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginda menzahirkan pandangan bahawa pihak pengurusan dan editor akhbar tersebut seharusnya lebih cermat dalam menyemak kandungan sebelum diterbitkan.

Teguran diraja itu merujuk kepada edisi terbitan Selasa lalu yang menampilkan ilustrasi muka depan sebuah jong dengan bendera Malaysia dan China, bersempena lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke negara ini. Namun, bendera Malaysia dalam ilustrasi berkenaan didapati tidak memaparkan simbol bulan sabit.

Sin Chew kemudiannya tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada “ralat teknikal”.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd