Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serangan Balai Polis Ulu Tiram, Dua Anggota Polis Difatwa Syahid

Dua anggota polis yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lepas diklasifikasikan sebagai mati syahid kerana kematian Fi Sabilillah.

Menerusi satu kenyataan media, perkara itu telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Beliau berkata, kematian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said itu adalah di jalan Allah, kerana menjaga dan mempertahankan keselamatan negara.

Foto: FB Polis Diraja Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan jenazah Allayarham kedua-dua anggota ini sebagai syahid akhirat, dengan pengurusan jenazah disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.
“Jawatankuasa mendoakan agar roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmat, kasih sayang dan keredhaan Allah, serta mendoakan Polis Diraja Malaysia terus bersemangat dan diberikan kekuatan untuk menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan daripada pelbagai ancaman,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, pengurusan jenazah suspek lelaki berusia 21 tahun yang ditembak mati dalam serangan itu, beliau berkata jawatankuasa memutuskan jenazah dimandi, dikafan dan disolat di hospital atau di rumah keluarganya sahaja, bukan di masjid atau surau.

Fared menjelaskan jenazah suspek perlu dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan jawatankuasa, namun dengan kedudukan kubur berjauhan dari liang lahad penghuni kubur yang lain.

Foto: Berita Harian

“Ini sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara seperti yang dilakukan suspek.
“Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek, lebih-lebih lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, jenazah suspek telah dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru semalam dengan dihadiri beberapa penduduk kampung serta pegawai dan anggota polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, dua pahlawan negara itu meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan ditembak namun dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Sumber: Facebook Mohd Farid Mohd Khalid

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd