Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Lagi Ditahan Kes Pukul OKU Mental Di Pasar Tani

Seorang lagi lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes memukul seorang lelaki kurang upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu.

Kes pukul OKU mental, seorang lagi ditahan

OKU kategori mental

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar menyatakan penahanan tersebut dibuat kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu ketika suspek hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman.

“Lelaki itu ditahan untuk memberi keterangan dan rakaman percakapan. Setakat ini, empat lelaki telah ditahan termasuk tiga lelaki berusia 18 tahun hingga 60 tahun pada hari kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel lain: Op Sky: 4,000 Dokumen Dirampas, 16 Lagi Individu Akan Ditahan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemangku Ketua Polis Daerah itu turut memaklumkan bahawa beberapa saksi lain termasuk keluarga mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Terdahulu, polis menahan tiga lelaki erusia antara 18 hingga 60 tahun susulan kes sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sumber: Utusan Malaysia (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd