Kedai serbaneka di Japan, Keikyu Department Store memohon maaf atas penjualan belut panggang yang menyebabkan lebih 140 pelanggan jatuh sakit manakala seorang dilaporkan mati akibat keracunan makanan.
Menurut laporan The Japan Times, Presidennya di Yokohama, Shinji Kaneko mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 90-an dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.
Foto: The Japan Times
“Kami memandang serius apa yang berlaku dan berasa amat menyesalinya. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan oleh pihak berkuasa kesihatan awam,” katanya.
Kaneko juga memaklumkan hasil siasatan pegawai kesihatan ke atas produk belut panggang tersebut didapati mengandung sejenis bakteria yang dipanggil Staphylococcus aureus.
Sementara itu, pelanggan yang membeli belut panggang tersebut yang dijual dalam kotak makan tengah hari (Bento) pada minggu lalu mengalami simptom-simptom keracunan makanan seperti muntah serta cirit-birit.
Foto: The Japan Times
Dilaporkan, Restoran Isesada yang berpangkalan di Tokyo bertanggungjawab untuk memasak dan menjual produk belut itu secara langsung.
Belut panggang merupakan makanan istimewa musim panas yang popular di Jepun, yang dimasak dalam gaya kabayaki tradisional, iaitu dicucuk dan dibakar kemudian dimasukkan dalam campuran kicap manis yang melekit dan wain beras mirin.
Sumber: The Japan Times