Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sempadan Kelantan-Thailand Hanya Ada Tiga Pintu Rasmi Keluar Masuk – Saifuddin

Hanya terdapat tiga pintu rasmi di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain tiga ICQS itu yang lain merupakan ‘laluan tikus’ dan bagi yang menggunakan laluan berkenaan untuk keluar atau masuk ke nagara ini adalah menyalahi undang-undang.

Foto: Sinar Harian

Beliau turut mengulas laporan media mengenai pelajar dari Thailand yang merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khasnya di Sungai Golok bermula 1 Disember depan bagi membendung aktiviti jenayah.

Foto: Berita Harian

Ekoran laluan sungai itu menjadi laluan pelajar ke sekolah, ramai rakyat kedua-dua negara bimbang larangan pihak berkuasa Malaysia itu akan memberi kesan terhadap persekolahan anak mereka yang bersekolah di Rantau Panjang.

Terdahulu, isu di sempadan Malaysia-Thailand sering menjadi tumpuan apabila melibatkan kes jenayah termasuklah penyeludupan barang subsidi dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Sempadan negara yang mudah diceroboh terutama di sepanjang Sungai Golok dengan hanya menaiki bot kira-kira lima minit membolehkan keluar masuk ke negara jiran tanpa sebarang dokumen, begitu juga warga asing datang ke Malaysia.

Oleh itu, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand menjadi salah satu langkah penting dalam membanteras jenayah terutamanya penyeludupan.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd