Tular di media sosial, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kesal ketika melancong di Malaysia.
Menurut perkongsiannya melalui laman Xiaohongshu, pelancong memberitahu dia tidak akan melawat Malaysia lagi setelah berdepan dengan beberapa kesulitan.
Kongsinya, ketika di Malaysia, dia berdepan dengan kesukaran memahami loghat bahasa Inggeris ditutur oleh orang tempatan, selain papan tanda dalam Bahasa Mandarin juga tiada.
“Saya tidak faham bahasa Inggeris sangat, orang tempatan tidak menyebutnya dengan betul, saya tertipu dengan menganggap itu kereta bawah tanah yang murah, tetapi ia ternyata kereta api ekspres RM55 ,” katanya.
Foto: Shutterstock
Kongsinya lagi, dia juga keliru mengenai pembelian tiket pengangkutan awam, KLIA Express di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia menjangkakan tambang berjumlah RM8.50 seorang, merujuk kepada Transit KLIA, namun KLIA Express menawarkan perjalanan tanpa hentian ke Kuala Lumpur Sentral pada harga RM55 bagi setiap dewasa.
KLIA Transit merupakan perkhidmatan yang berbeza dengan KLIA Express, di mana tren akan berhenti di stesen perantaraan termasuk Putrajaya Sentral, dengan tambang yang lebih rendah.
Disebabkan dirinya yang tidak mengetahui sistem tiket berkenaan, dia kemudiannya meminta bantuan daripada kakitangan bagi menguruskan proses pembayaran.
Namun, pelancong China itu terkejut setelah mendapati harga dua tiket KLIA Express keseluruhan mencecah RM110.
Berikutan kejadian ini, dia cuba mendapatkan bayaran balik tetapi tidak menemui kakitangan berbahasa Mandarin untuk membantunya.
“Kakitangannya tidak peduli,saya tidak dapat pulangan semula wang saya,” katanya lagi.
Artikel lain: Bawa Skuter Elektrik Tengah Jalan Raya, Tindakan Pelancong Undang Kemarahan Netizen
Dia turut melaporkan kejadian itu kepada polis, dan diberitahu bahawa ia bukan perkara yang boleh mereka tangani.
“Saya menghubungi polis tetapi mereka tidak datang, saya tidak akan datang ke Malaysia lagi,” ujarnya.
Perkongsian pelancong wanita itu telah mencetuskan perdebatan dan menerima beberapa maklum balas di ruangan komen.
Sumber: Xiaohongshu lalisa