Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Saya Balik Kelantan Tidak Kena Kecaman Pun, Semua Sokong..”- Nik Elin

Peguam, Nik Elin Nik Abdul Rashid meluahkan rasa syukur kerana dia tidak menerima kecaman sewaktu pulang ke Kelantan, sebaliknya menerima sokongan.

Ia berhubung tindakannya melakukan petisyen terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Anak kelahiran Kelantan ini berkata, ia tidak benar jika ada pihak yang mengatakan dirinya menerima kecaman disebabkan petisyen yang dilakukan.

“Alhamdulillah saya bersyukur, saya balik Kelantan saya tidak kena kecaman pun, semuanya menyokong saya.
“Kalau yang kata (kecam petisyen), saya rasa itu manipulasi fakta sebab saya tidak masalah,” katanya dalam sidang media di Istana Kehakiman, hari ini.

Nik Elin

Dalam pada itu, Nik Elin berkata, tindakannya membuat petisyen berkenaan adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan dirinya sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya buat ni bukan untuk diri saya, saya buat untuk semua dan alhamdulillah setelah dikutuk, dikeji dilaknat. Saya bersyukur,” katanya lagi.

Ditanya adakah beliau akan mencabar undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) lain, Nik Elin berkata, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian.

“Insya-Allah takda (ke DUN lain),” jawab Nik Elin.

Ujarnya, dia juga berharap agar selepas ini  DUN akan lebih berhati-hati dalam menggubal undang-undang mereka, sekali gus mengharmonikan mahkamah syariah dan sivil.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah negeri dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan, petisyen yang dikemukakan oleh seorang peguam dan anaknya tiada kena mengena dengan isu kesucian agama Islam atau kedudukan mahkamah syariah di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nik Elin

Beliau menjelaskan, pihak yang mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dan mahkamah sivil yang membenarkan petisyen mereka, tidak boleh dianggap menentang Allah SWT.

Pada hemat Ketua Hakim Negara, peruntukan yang dipertikaikan itu bukan ditetapkan oleh Allah SWT, sebaliknya digubal oleh Badan Perundangan Negeri Kelantan.

“Mahkamah syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak akan pada bila-bila masa berkubur atau diletakkan `batu nisan’ seperti yang didakwa peguam Yusfarizal Yussoff.
“Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen bukanlah kedudukan undang-undang Syariah kerana dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan yang didakwanya melangkaui kuasa,” ujar Tun Tengku Maimun.

Nik Elin

Sehubungan itu, beliau berpendirian, tidak timbul isu mahkamah sivil tidak mempertahankan kedudukan agama Islam atau tidak memperkasakan mahkamah syariah.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd