Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sandwic Ham: Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Harith Iskander Kini Disiasat

Susulan laporan polis dibuat oleh pelawak terkenal Shahrol Shiro, satu siasatan sedang dijalankan terhadap pelawak Harith Iskander berhubung sebuah hantaran Facebook yang menyentuh isu tular sandwic ham.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh mengesahkan bekas ahli kumpulan Shiro itu membuat laporan terhadap Harith dan seorang wanita yang mengulas komen berbaur hinaan pada hantaran tersebut.

Harith Iskander disiasat polis selepas laporan dibuat

Foto: Malaysiakini

“Laporan ini sedang disiasat di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Terdahulu, Shahrol yang juga Ahli UMNO Kluang telah mengecam Harith yang didakwa membuka ruang kepada orang ramai menghina dan memperlekehkan Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, Shahrol turut menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap satu komen yang dimuat naik oleh seorang individu di hantaran media sosial berkenaan disifatkan telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menulis perkataan ham dalam huruf besar.

Foto: Utusan Malaysia

“Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.
“Perkara ini sudah melampau,” ujarnya tidak puas hati.

Terdahulu, Harith yang pernah dinobat manusia paling kelakar di dunia telah memuat naik sebuah gambar menu kedai kopi dengan item bernama Ham Sap Kopi serta kapsyen yang berunsur jenaka dan berbaur hinaan.

Foto: Facebook Harith Iskander

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sangat keliru. Iman saya tergugat.”
“Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.
“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi ‘hamsap’ tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ dalamnya. Ni untuk minum atau makan?
“Saya perlu buat laporan polis kerana saya lemah dan hilang kemampuan menggunakan logik. Siapa lagi yang keliru,” tulis Harith.

Menu itu dipercayai merujuk kepada kopi masin, tetapi istilah ‘ham sap’ juga digunakan secara slanga untuk menggambarkan seseorang yang pervert (penyumbaleweng).

Foto: Malaysiakini

Artikel lain: JAKIM Sekali Lagi Sahkan Produk Sandwich Ham Dan Cheese Tiada Sijil Halal

Isu tersebut timbul selepas penemuan sandwic ham dan keju yang dilabel halal dijual di kedai serbaneka, KK Mart di Universiti Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, sandwic itu dihasilkan oleh Shake and Bake Cafe Sdn Bhd yang menggunakan ham ayam yang disahkan halal.

Namun, syarikat itu tidak mempunyai sijil untuk meletakkan logo halal pada pembungkusan sandwic tersebut.

Sumber: Malaysiakini, Facebook Harith Iskander

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd