Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

RTM Bakal Selesaikan Gaji Tertunggak Pekerja Sambilan Bulan Ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjanji untuk selesaikan dua bulan gaji tertunggak menjelang akhir bulan ini untuk pekerja sambilan yang diupah.

Menerusi satu hantaran di X, Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman telah memuat naik kenyataan rasmi daripada RTM berkenaan hal ini.

RTM selesaikan gaji tertunggak pekerja sambilan bulan ini

RTM Bakal Selesaikan Gaji Tertunggak Pekerja Sambilan

Foto: Malaysia Now

Pada kenyataan itu, Kementerian Kewangan (MOF) berada dalam peringkat akhir memuktamadkan kelulusan khas kadar bayaran pekerja sambilan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dengan kerjasama MOF kini dalam peringkat akhir memuktamadkan khas kadar bayaran pekerja perkhidmatan sambilan (Piecemeal) di jabatan tersebut,” katanya.

Artikel lain: Siar Kandungan Astro Tanpa Izin, Restoran Nasi Kandar Terkenal Setuju Bayar RM200,000

Dalam pada itu, RTM turut menjelaskan mereka telah membuat permohonan kepada MOF susulan pembatalan semua kelulusan terdahulu oleh MOF.

“RTM sebelum ini telah membuat permohonan kepada MOF berikutan pembatan semua kelulusan terdahulu oleh MOF dalam surat bertarikh 24 Jun 2024, yang melibatkan kadar perolehan perkhidmatan bukan penjawat awam.
“Melalui kelulusan MOF, punca kuasa membayar perolehan perkhidmatan Piecemeal akan lebih teratur dan tidak menyalahi tatacara perolehan kerajaan.
“Pembayaran tertunggak bagi semua pekerja Piecemeal akan dijelaskan dalam bulan ini,” ujarnya.

RTM Bakal Selesaikan Gaji Tertunggak Pekerja Sambilan

Kenyataan daripada syarikat itu susulan terdapat laporan daripada media berkenaan pekerja sambilan di RTM yang tidak dibayar sejak Jun.

Laporan itu memetik sumber yang menunjukkan bahawa terdapat lebih 700 pekerja sambilan di seluruh negara yang diambil untuk pelbagai tugas secara beransur-ansur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Suhaimi menjelaskan bahawa jumlah sebenar kakitangan tidak dibayar ialah 332 orang sahaja.

Sumber: X Suhaimi Sulaiman

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd