Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Bukan Hak Kita…”- Ditegur Ibu Bapa, Remaja Pulangkan Semula Jam Tangan Sahroni Bernilai Lebih RM3 juta

Remaja Pulangkan Semula

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu, akhirnya dipulangkan semula selepas ditegur oleh ibu remaja yang mengambilnya.

Jam tangan tersebut, yang bernilai kira-kira Rp11 bilion (lebih RM3 juta), dikembalikan melalui ketua Rukun Tetangga (RT) setempat di Kelurahan Kebon Bawang, Tanjung Priok, Jakarta Utara, pada Isnin.

“Saya juga sudah bilang sama dia, pak. Bapaknya juga sudah ngomong, ini bukan hak kita, kita pulangin ya,” kata seorang ibu yang dipercayai ibu remaja berkenaan, merujuk kepada jam tangan yang diambil anaknya.

Imanuddin, ketua RT kawasan itu, mengesahkan jam tangan itu tergolong mewah dan dapat dikenal pasti melalui nombor siri di belakang jam tersebut.

“Memang betul yang bapak bilang ini limited edition,” ujarnya.

Melalui bapanya, jam tangan milik ahli politik NasDem itu akhirnya dikembalikan kepada pihak Sahroni.

Remaja Pulangkan Semula Jam Tangan Sahroni

Sebelum ini, dalam salah satu posting di akaun @PolJokesID, seorang kanak-kanak lelaki dilihat mempamerkan jam tangan mewah tersebut yang diambil semasa pecah rumah di rumah Ahmad Sahroni.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jam tangan berjenama Richard Mille RM 40-01 McLaren Speedtail berwarna hitam itu diketahui dijual pada harga Rp11 bilion.

Artikel lain: Solidariti Indonesia! Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Pesan Makanan Melalui Grab, Ojek

Sebelum kejadian pecah rumah berlaku, Ahmad Sahroni pernah membuat kenyataan kontroversial ketika menanggapi seruan orang ramai untuk membubarkan DPR RI.

Beliau menyifatkan massa sebagai “orang tolol sedunia” kerana menuntut pembubaran DPR RI, yang dilaporkan menjadi salah satu faktor kemarahan sebahagian warga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: suara.com (Dwi Bowo Raharjo)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Spotlight

Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing berjanji akan terus mempromosikan Malaysia selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Sebuah mini pasar raya di Pekan Nanas diarahkan tutup selama 30 hari selepas dikesan mengibarkan bendera Johor terbalik, semalam. Kes bendera Johor terbalik Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd