Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dilaporkan ‘turun padang’ ke Kuala Lumpur dalam usaha rekrut doktor dan jururawat Malaysia untuk berkhidmat di negara jiran itu dengan tawaran gaji yang sangat lumayan.
Rekrut doktor & jururawat Malaysia, tawar gaji ratusan ribu setahun
Menerusi perkongsian di laman Threads dr_amandaelli, Kementerian Kesihatan negara terbabit dipercayai mahu rekrut doktor dan jururawat dengan menawarkan gaji bermula daripada SGD110,000 setahun (anggaran RM380,000), tidak termasuk elaun penginapan bulanan serta insurans yang turut disediakan.
“Mereka membayar gaji bermula dari 110k SGD setahun, tidak termasuk faedah/elaun penginapan bulanan/insurans.
Peluang yang baik untuk mengumpul simpanan selama sekurang-kurangnya 2 tahun & kemudian kembali ke Malaysia jika rindu kampung halaman,” kongsinya.
Akan turun padang ke KL, demi rekrut doktor & jururawat
Pengguna media sosial itu juga menyatakan bahawa tawaran ini merupakan peluang terbaik buat mereka yang mahu mengumpul simpanan dan mungkin boleh merancang untuk berada di Singapura dalam tempoh waktu tertentu.
Mereka juga boleh sahaja pulang ke kampung halaman memandangkan jarak antara Malaysia dan Singapura tidak begitu jauh.
“Peluang hebat untuk kumpul simpanan selama sekurang-kurangnya 2 tahun dan kemudian kembali ke Malaysia jika rindu,” ujarnya berseloroh.
Sebelum ini, memetik laporan yang pernah dikeluarkan oleh FMT, seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Akram menyatakan bahawa graduan perubatan dari Malaysia dilihat menjadi pilihan utama hospital di Singapura kerana dianggap sebagai tenaga kerja yang berkualiti tinggi dengan kos yang lebih rendah.
Tambahan pula, sistem latihan pegawai perubatan di Malaysia yang holistik memberi kelebihan besar.
“Hospital yang saya bertugas ini, 40% petugas perubatan adalah graduan universiti terkemuka di Malaysia,” ujarnya yang kini bertugas di Singapura.
Sekadar gambar hiasan
Artikel lain: 1 Ogos Tarikh Akhir untuk KKM Laksana Waktu Bekerja 45 Jam Seminggu bagi Jururawat
Kisah Dr Akram telah menarik perhatian apabila beliau ditawarkan bekerja di Singapura hanya selepas enam bulan bertugas di hospital tempatan, bukti peluang besar yang menanti mereka yang berminat!
Sumber: Thread dr_amandaelli, FMT (Zeanaaima Mohd Yusof)