Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

15 Rakyat Malaysia, 1 Warga Singapura Sedia Dipindahkan Dari Iran

Seramai 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura disahkan bersedia untuk dibawa pulang dari Iran susulan situasi keselamatan yang semakin membimbangkan di negara itu.

Menurut laporan Berita Harian Online, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan bahawa kumpulan tersebut terdiri daripada 12 rakyat Malaysia, seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran, serta seorang warga Singapura.

rakyat

Foto: Berita Harian

“Setakat ini, baki rakyat Malaysia yang masih berada di Iran adalah seramai 15 orang, termasuk tiga kakitangan home-based staff (HBS), lima pelajar, tiga individu yang menetap bersama keluarga, dan seorang PR Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, terdapat juga tiga pelancong yang baru memaklumkan keputusan mereka untuk terus kekal di Iran buat masa ini.

Sebelum ini, Wisma Putra telah mengeluarkan gesaan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Iran agar meninggalkan negara berkenaan dengan segera melalui sebarang kaedah yang selamat dan tersedia.

Artikel lain: Tak Ada Visa Haji, 63 Rakyat Malaysia Diusir Dari Makkah Ke Jeddah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak kementerian turut memaklumkan bahawa keadaan di Tehran semakin tidak menentu dan berisiko untuk menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal.

Dalam sidang media semalam, Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa operasi pemindahan dijangka dapat dilakukan seawal Jumaat ini dengan bantuan daripada pihak kerajaan.

rakyat

Foto: Kosmo!

Beliau turut menjelaskan bahawa jumlah rakyat Malaysia di Iran, termasuk pelajar, pelancong dan mereka yang bekerja, adalah kecil dan terkawal.

Ketegangan yang berterusan antara Tehran dan Tel Aviv kini telah memasuki hari ketujuh, dengan kedua-dua pihak terus melancarkan serangan balas antara satu sama lain.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd