Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Raih Perak Dalam Olimpik Paris, Perenang Britain Bangga Membesar Di Malaysia

Perenang Britain yang memenangi pingat perak Olimpik Paris 2024 dari Britain, Ben Proud berkongsi rasa bangga kerana membesar dengan budaya di Malaysia yang sekaligus mendorong dirinya untuk berjaya dalam sukan renang.

Memetik laporan Malay Mail, walaupun Proud dilahirkan di London, namun dia dibesarkan di Kuala Lumpur dan kemenangannya di Olimpik mempamerkan bagaimana budaya Malaysia menyemarakkan semangatnya.

Perenang Britain bangga membesar di Malaysia

Perenang Britain Bangga Membesar Di Malaysia

Foto: Malay Mail

“Saya jalani zaman kanak-kanak dan remaja saya di sekitar Malaysia. Hidup di sini sangat mempengaruhi diri saya. Saya membesar dengan sifat yang lebih terbuka terhadap pelbagai budaya dan sikap yang lebih santai,” katanya ketika ditemu bual Malay Mail.

Pada usia 15 tahun, perjalanannya sebagai perenang berubah apabila dia mula berlatih di bawah jurulatih Malaysia, Francis Kiu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia mempunyai cara pemikiran yang unik tentang sukan renang, dan dia memberi tumpuan kepada visualisasi dan penyelesaian masalah,” ujarnya.

Bimbingan Kiu juga telah mengubah pendekatan Proud terhadap sukan renang disamping berkata jurulatih Malaysia itu berbeza daripada mana-mana jurulatih Eropah yang Proud telah temui.

Dengan bimbingan Kiu, Proud berjaya mencapai kejayaan yang lebih banyak termasuklah impiannya untuk menjadi juara dunia.

Proud kemudian berpindah ke England dan menemui pelbagai gaya kejurulatihan, namun dia terus menggunakan nasihat Kiu dalam latihannya.

Perenang Britain Bangga Membesar Di Malaysia

Foto: Malay Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ikut falsafah Kiu, ‘Berlatih untuk berlumba, bukan berlatih untuk berlatih’. Ini penting kerana ramai perenang cemerlang semasa latihan tetapi berasa sukar dalam pertandingan,” kongsinya.

Sementara itu, walaupun Proud mempunyai hubungan yang kuat dan istimewa dengan Malaysia, dia mengalami kesukaran untuk memilih untuk mewakili negara mana.

“Saya mempunyai pilihan untuk kerakyatan dua negara pada usia 16 tahun tetapi saya pilih untuk berpindang ke England untuk dapat lebih banyak sumber dan peluang.
“Saya selalu harap dapat mewakili Malaysia, tapi pilihan untuk berpindah adalah jalan yang saya rasa saya perlu,” luahnya.

Sekadar info, Proud berjaya meraih pingat perak pada Olimpik Paris dalam acara 50m gaya bebas lelaki, ketinggalan hanya lima peratus daripada saat di belakang perenang Australia, Cameron McEvoy dari Australia.

Sumber: Malay Mail (Muhammad Yusry)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd