Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Fadhlina Sidek Jadi ‘Makcik’, Pujuk Pelajar Cemerlang Masuk SBP

Pujuk Pelajar Cemerlang Masuk SBP

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pujuk pelajar cemerlang masuk SBP (Sekolah Berasrama Penuh) biarpun berdepan dengan masalah kewangan yang dihimpit oleh keluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, biarpun mereka menolak tawaran, namun sesi memujuk akan dilakukan sedaya upaya supaya pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40 menerima peluang yang ditawarkan itu.

“Saya ini paling ralat kalau anak-anak B40 menolak tawaran ke SBP kerana belenggu kemiskinan keluarga. Sedangkan polisi kita jelas, anak-anak B40 yang ada potensi inilah harus kita beri peluang dan beri keutamaan.
“Maka terjadilah sesi pujuk memujuk ini. Anak yang cerdik dan baik ini mendapat beberapa tawaran sekolah yang baik termasuk SBP. Tetapi menolak kerana kekangan kewangan keluarga,”katanya.

Pujuk Pelajar Cemerlang Masuk SBP

Katanya selain pelajar, ibu bapa perlu terlebih dahulu diyakinkan mengenai isu perbelanjaan dan bantuan yang akan diuruskan pihaknya.

“Mula-mula ibu bapanya perlu dipujuk dengan memberi keyakinan bahawa isu perbelanjaan dan bantuan tidak perlu dibimbangkan. Semua bantuan persekolahan boleh diuruskan,” katanya lagi dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menggelarkan dirinya sebagai makcik, Fadhlina terharu dan pilu apabila pelajar berkenaan menangis ketika sesi pujuk memujuk kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

“Kebimbangannya jelas. Tidak mahu menyusahkan ibu bapanya. Nampak sangat berat beban mahu meninggalkan keluarga. Walaupun beban kewangan bukan lagi isu selepas saya memberikan jaminan, anggap sahaja selesai kerana saya ada,”ujar beliau.

Artikel lain: Semua Sekolah Kerajaan Wajib Laksana Garis Panduan DLP – Fadhlina Sidek

Fadhlina berkata, dia akan tetap terus menyokong apa sahaja pilihan yang dibuat oleh pelajar itu asalkan dia terus belajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, usaha Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memberi sokongan kepada anak B40 berterusan dan bukan setakat di peringkat sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Malah Menteri pun harus membantu meyakinkan anak ini. Keciciran is ‘a non negotiable’. Semua pihak mesti turun hingga ke akar umbi.
“Kita doakan yang terbaik. Soalnya bukan tempat belajar, tetapi kemahuan untuk terus belajar. Tidak mengapa anakanda. Ambillah masa mengikut keselesaan anakanda. Makcik setia menunggu jawapan anakanda,” katanya.

Sumber: FB Fadhlina Sidek

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd