Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

70 Tempahan Sejak Oktober, Proton e.MAS 7 Jadi Pilihan Pesara Kerajaan

Kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 jadi pilihan pesara kerajaan selepas kereta ini menerima sambutan yang memberangsangkan dari kumpulan pelanggan itu.

Memetik laporan Harian Metro, JM Otomobil (EV) Sdn Bhd menyasarkan 240 unit jualan Proton e.MAS 7 dalam tempoh setahun.

Proton e.MAS 7 jadi pilihan pesara kerajaan

Proton e.MAS 7 Jadi Pilihan Pesara Kerajaan

Foto: Harian Metro

Pengarah Urusannya, Abdul Hakim Basri berkata jumlah itu membabitkan sasaran jualan sebanyak 20 unit dalam tempoh satu bulan selepas permintaan tinggi pelanggan terhadap kenderaan elektrik itu sejak diperkenalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, setakat ini JM Otomobil (EV) telah menerima 70 tempahan Proton e.MAS 7 sejak tempahan dibuka bermula Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa terkejut apabila majoriti tempahan yang diterima adalah daripada kumpulan pesara di Malaysia.

“Kami menyasarkan pelanggan dalam kalangan pekerja kerajaan namun permintaan dalam kalangan peniaga serta golongan sektor awam juga memberangsangkan. Lebih mengejutkan apabila kenderaan EV ini turut menjadi pilihan kumpulan pesara di negeri ini.
“Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik, JM Otomobil mewujudkan kumpulan khas untuk menguruskan jualan kereta PROTON selain menyediakan Bilik Pameran Kereta Elektrik jenama PROTON pertama di Kelantan bagi memudahkan pelanggan mendapat informasi lengkap berkaitan kenderaan terbabit.
“Pelbagai promosi dijalankan bagi mendedahkan rakyat Kelantan terhadap kelebihan PROTON e.MAS 7 termasuk melalui media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram,” katanya.

Terima 70 tempahan, Proton e.MAS 7 jadi pilihan pesara kerajaan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bilik Pameran Kereta Elektrik jenama PROTON di JM Otomobil (EV) Wakaf Siku di Kelantan, baru-baru ini.

Abdul Hakim berkata pihaknya bersedia menjawa segala kemusykilan pelanggan terhadap kenderaan EV termasuk berkaitan cara  mengecas yang mana di Kelantan sendiri sudah terdapat 12 pengecas pantas di kawasan Kota Bharu dan Gua Musang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Empat Varian Honda Civic Baharu Dilancar, Harga Bermula RM133,900

“Tambahan pula, kami turut menyediakan pengecas Alternating Current (AC) secara percuma yang mana pelanggan boleh mengecas sendiri di rumah.
“Kami juga peka persekitaran penduduk di Kelantan yang mana majoriti tinggal di rumah atas tanah, sekali gus memudahkan mereke mengecas kenderaan EV di kediaman masing-masing.
“Dalam masa sama, kami berharap bilik pameran yang kami sediakan dapat menyalurkan maklumat berkaitan PROTON e.MAS 7 secara lebih terperinci kepada pelanggan selain mereka dialu-alukan untuk memandu uji kenderaan EV berkenaan.
“Pelanggan tidak perlu bimbang akan keselamatan PROTON e.MAS 7 memandangkan ia juga sudah mendapat pengiktirafan Asean NCAP selepas mendapat markah paling tinggi dalam aspek keselamatan,” jelasnya.

Tempahan memberangsangkan, Proton e.MAS 7 jadi pilihan pesara kerajaan

Sementara itu, Abdul Hakim memaklumkan syarikatnya sudah membuka cawangan baru untuk pemasaran dan jualan elektrik PROTON khusus untuk New Energy Vehicle sahaja.

Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd