Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Protes Merebak Ke Seluruh India Sebagai Solidariti Kes Doktor Pelatih

Sebahagian besar doktor muda di India meneruskan mogok dengan tidak keluar bekerja pada Ahad bagi menuntut keadilan terhadap Moumita Debnath yang dirogol dan dibunuh pada 9 Ogos lalu.

Menerusi satu laporan Reuters, beberapa doktor di seluruh negara tersebut telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan tidak mahu berjumpa pesakit bukan kecemasan bermula minggu lalu selepas kes pembunuhan doktor pelatih berusia 31 tahun itu di bandar timur Kolkata.

Foto: Reuters

Beribu-ribu orang telah berarak di sekitar jalan di Kolkata pada petang Ahad sebagai solidariti bersama pasukan kesihatan sambil melaungkan “kami mahukan keadilan”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang aktivis wanita berkata, kejadian di kolej dan Hospital Perubatan RG Kar itu membuktikan wanita di India terus menderita walaupun undang-undang lebih ketat diperkenalkan selepas kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan pelajar berusia 23 tahun di Delhi pada 2012.

Walaupun India memperkenalkan sistem keadilan jenayah baharu termasuk memberi hukuman yang lebih berat selepas kejadian pada 2012 tersebut, namun ia masih tidak cukup untuk menghalang keganasan terhadap wanita.

Foto: lemonde.fr

Persatuan Perubatan India (IMA) sebelum ini telah mengadakan mogok selama 24 jamnya yang berakhir jam 6 pagi pada Ahad sekali gus menghantar surat kepada Perdana Menteri Narendra Modi supaya memastikan kakitangan hospital dilindungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal itu memandangkan sebanyak 60 peratus doktor di India adalah wanita selain mencadangkan supaya protokol keselamatan yang diperkenalkan di lapangan terbang turut diguna pakai di hospital.

Ketua Persatuan Perubatan Indiadi Uttar Pradesh, Dr. Madan Mohan Paliwal berkata, sebahagian besar doktor telah kembali menjalankan tugasan dan rutin mereka sebagai pengawai kesihatan.

Foto: Reuters

“Tindakan seterusnya akan diputuskan jika kerajaan tidak mengambil sebarang langkah tegas untuk melindungi doktor. Malah kali ini, kami akan menghentikan perkhidmatan kecemasan juga,” katanya.

Forum Tindakan Bersama Doktor Muda dan Semua Penduduk India pula menegaskan mereka akan melanjutkan “pemberhentian kerja di seluruh negara” dengan hanya memberi tempoh 72 jam kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan membuat penahanan bermula hari Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd