Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Projek Tenaga PETRA Bernilai RM260 Juta Tingkat Kestabilan Elektrik Lebih 60,000 Pengguna Sabah Dan Labuan

Lebih 60,000 pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kini menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil dan diyakini hasil pelaksanaan tujuh projek tenaga berimpak tinggi oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bernilai lebih RM260 juta.

Projek tenaga PETRA

Projek-projek berkenaan, yang dilaksanakan melalui inisiatif Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES), merangkumi kerja naik taraf pencawang utama, pembinaan talian grid baharu serta pemasangan sistem pemantauan keselamatan, langkah menyeluruh untuk memperkukuh sistem penghantaran dan pembahagian tenaga di Sabah dan Labuan.

Projek tenaga PETRA

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan projek-projek ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan isu bekalan elektrik tidak konsisten yang telah lama dihadapi oleh rakyat Sabah.

“Kita sedar cabaran sistem bekalan elektrik di Sabah bukan perkara baharu. Sebab itu kerajaan melalui PETRA tampil dengan pendekatan bersasar dan menyeluruh agar isu ini dapat ditangani secara tuntas, bukan sekadar penyelesaian jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan sesi penyerahan tujuh projek sektor tenaga tersebut sempena kunjungan PETRA Skuad Sabah 2025 ke Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Kinabalu (KKBU) di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Projek tenaga PETRA

Banyak manfaat hasil projek tenaga PETRA

PMU KKBU yang menjadi antara projek utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), kini memberi manfaat kepada lebih 11,000 pengguna di kawasan Tanjung Aru dan sekitar Kota Kinabalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naik taraf sistem lama 66/11kV kepada 132/33/11kV serta sambungan kabel ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dilihat mampu meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan bekalan di kawasan strategik itu.

Antara projek lain yang turut siap termasuk sambungan grid 275kV dari Beaufort ke sempadan Sarawak yang dijangka membolehkan tenaga diimport dari Sarawak ke Sipitang menjelang September ini.

Projek tenaga PETRA

Fasa pertama projek itu menelan kos RM34.92 juta dan merupakan sebahagian daripada jaringan ASEAN Power Grid untuk perkongsian tenaga rentas sempadan yang mampan.

Di Ranau, pencawang baharu bernilai RM31.3 juta mula beroperasi sejak Januari lalu, membolehkan kawasan itu disambungkan terus ke grid utama Sabah sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada janakuasa diesel yang tidak efisien dan mahal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PETRA Umum Kadar Premium GET Turun Lebih 80%, Usaha Luaskan Penggunaan TBB

Sementara itu, projek PPU Batu Sapi yang bernilai RM30 juta menyumbang kepada agihan kuasa lebih cekap di kawasan Sandakan dan sekitarnya, manakala projek gentian optik dasar laut sepanjang 15km dari Menumbok ke Labuan memperkukuh sistem perlindungan talian dan keselamatan tenaga.

Dalam masa sama, Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini turut menerima manfaat menerusi PMU baharu bernilai RM50 juta, yang bukan sahaja meningkatkan kapasiti beban kepada lebih 130MW, malah bersedia menyokong pembangunan prasarana kesihatan seperti Hospital UMS yang sedang dibangunkan.

Satu lagi projek penting ialah pengukuhan sistem 11kV di Labuan bernilai RM6.3 juta bagi menyokong keperluan tenaga pembangunan baharu di kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan bahawa semua projek ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang kerajaan dalam memastikan Sabah dan Labuan menikmati taraf perkhidmatan tenaga setara dengan negeri lain.

“Kita mahu rakyat di Sabah dan Labuan mendapat layanan yang adil dan saksama dalam aspek kemudahan asas. Infrastruktur tenaga mesti dibangunkan secara mampan, dan inilah teras kepada aspirasi Malaysia MADANI,” ujar beliau.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd