Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program iFUTURE 2024 Beri Peluang Mahasiswa Serlah Bakat Kepimpinan – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) sebagai usaha memastikan generasi pelapis pemimpin negara didedahkan dengan pelbagai isu nasional dan global.

KPT memaklumkan program tersebut akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 16 hingga 18 Ogos 2024.

Foto: Facebook KPT

“Program yang melibatkan lebih 1,000 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa daripada 46 buah negara ini merupakan komitmen KPT dalam menyediakan wahana dan peluang kepada mahasiswa.
“Kesemua mereka berpeluang untuk penyerlahan bakat kepimpinan, meningkatkan kualiti keilmuan, mengukuhkan keterampilan, dan kemahiran pengucapan awam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

KPT turut memaklumkan, penganjuran julung kali ini menjadi pentas menemukan pelbagai latar belakang pelapis pemimpin bagi membuka perspektif baharu dalam memahami kedinamikan peranan antara satu sama lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antaranya dalam kalangan para pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa selain kepimpinan daripada sektor pendidikan tinggi negara.

Foto: Facebook officialmppk

“Menteri-menteri Kabinet juga akan berdiskusi dalam tujuh sesi forum mengenai pelbagai topik berkaitan kepimpinan,” ujarnya.

Sementara itu, program iFUTURE 2024 dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pula dijadual akan menyampaikan ucaptamanya dalam program berkenaan pada 17 Ogos ini.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Majlis penutupan program itu diadakan pada 18 Ogos 2024 dan akan disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Semua sesi dan forum yang berlangsung sepanjang program itu boleh disaksikan secara langsung di Facebook rasmi KPT selain Facebook rasmi atau saluran rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd