Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Prince Syed Potong Kek Bertatah Emas RM200K, Isteri Melaram Perhiasan RM2 Juta

Prince Syed sambut hari lahir

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah RM200,000

Prince Syed sambut hari lahir

https://www.facebook.com/watch/?mibextid=wwXIfr&v=1077528247654699&rdid=04zLBmveGSzi7EQG

Prince Syed atau nama lengkapnya,  Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman memberitahu perincian kek tersebut ditempah khas sesuai keinginannya dimana di bahagian atas kek terlihat rantai emas berjujuran jatuh dengan abjad ‘S’ sempena namanya.

“Kek emas 916 bernilai RM 200K dipenuhi bunga-bunga emas di bahagian atas kek dan jurai rantai berhuruf  ‘S ‘ sebab sempena nama saya iaitu Syed.
“Alhamdulillah syukur genaplah usia 33 tahun untuk tahun ni, pakaian simple sahaja abang buat kali ni iaitu bertemakan Indian style, tapi tetamu kata macam Aladdin pula mungkin sebab pengaruh warna,” kata Prince Syed menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Prince Syed sambut hari lahir

Dalam pada itu, Prince Syed turut mendedahkan bahawa isterinya Fatin Syazwani juga dihiasi dengan perhiasan mewah bertatah emas dan berlian berjumlah sekitar RM2 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Isteri saya mengenakan perhiasan emas dan berlian bernilai hampir RM2 juta sahaja yang beli hari tu dari atas sampai bawah  penampilan isteri abang diinspirasi look Sridevi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Prince Syed memanjatkan kesyukuran kerana diberikan rezeki yang melimpah ruah dan tidak lupa untuk mengingatkan diri sendiri agar tidak mudah riak serta sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Syukur semua rezeki ini pinjaman dari Allah untuk kita si bumi, moga diulang tahun kali ni, saya dapat meniaga untuk memberi manfaat kepada ramai orang dan mampu memberi sedekah dengan ramai orang lagi,” tambahnya lagi.

Prince Syed sambut hari lahir

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada usahawan tersebut dan ada juga yang teruja melihat keunikan kek bertatah emas yang jarang dibuat oleh orang lain.

Malah ada juga wargamaya kurang senang dengan perkongsian tersebut kerana menganggap terlalu riak mempamerkan harta selain mengecam tindakan Prince Syed melakukan majlis bertemakan ‘Indian Style’ yang dilihat seolah-olah mengagungkan agama serta budaya lain.

Terlajak kaya ni

Kita ada agama dan budaya sendiri

Rezeki suami isteri

Artikel lain: Pempengaruh Lepas Geram! Habiskan Hampir RM1 Juta Beli Emas Untuk Isteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, usahawan itu mencuri tumpuan ramai apabila dia dan isteri menginfaqkan sepasang telekung mewah bertatah swarovski bernilai RM12,000 kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Prince Syed juga sebelum ini sering berkongsi aktiviti perniagaan, gaya hidup serta kandungan berunsur motivasi dan amal di platform media sosial miliknya.

Sumber: Facebook Prince Syed Shahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd