Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Presiden Iran Zahir Penghargaan Sokongan Malaysia – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menggesa keamanan sejati di Asia Barat susulan konflik yang semakin meruncing di rantau tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan bahawa Malaysia telah berhubung dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung situasi semasa.

“Malaysia merakamkan takziah yang mendalam kepada seluruh rakyat Iran atas kehilangan besar yang menimpa kepimpinan tertinggi negara, termasuk tokoh politik, ketenteraan dan keselamatan, di samping nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan orang awam,” katanya hari ini.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Anwar menegaskan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang disokong Amerika Syarikat terhadap Iran, sambil menyatakan keprihatinan terhadap negara-negara sahabat di Teluk yang turut terkesan akibat konflik ini.

Beliau menekankan bahawa Malaysia mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam kerana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, prinsip kemanusiaan dan nilai keadilan.

Malah, beliau turut mengambil maklum kesediaan Iran untuk berunding, dengan syarat penamatan perang secara muktamad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengalaman lalu membuktikan bahawa gencatan senjata tanpa jaminan kukuh hanya akan mengulang kitaran keganasan, sebagaimana yang berlaku di Gaza dan Lebanon. Justeru, usaha damai mesti berteraskan keadilan, akauntabiliti dan komitmen berpanjangan,” ujarnya.

Foto: Reuters

Anwar menegaskan bahawa keamanan sejati menuntut penyelesaian yang tuntas, demi menjamin keselamatan semua pihak serta memulihkan maruah kemanusiaan di rantau Asia Barat.

Beliau turut menghargai penghargaan Pezeshkian terhadap sokongan Malaysia dan menekankan komitmen untuk terus memperkukuh solidariti antara kedua-dua negara.

“Kita sama-sama mendoakan agar konflik di Asia Barat dapat menemui jalan damai dengan kadar segera,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd