Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Dua Individu! Padah Hina Agong, Tawar RM5 Juta Bunuh Anwar Ibrahim

Dua individu ditahan oleh pihak polis berhubung hantaran ugut dan tawaran bunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan berkata, pemilik akaun TikTok yang melakukan ‘ugut bunuh’ Anwar Ibrahim itu telah ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum ini, pemilik akaun @jaiadani89 memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.

“Hari ini aku nak transfer RM5 juta kat sesiapa yang nak… tapi kena buat kerja sikitlah. Tembak mati PMX dengan Menteri-menteri bangsat dan geng-geng DAP lahabat,”tulis individu berkenaan.

ugut bunuh Anwar

Razarudin berkata, suspek berusia 34 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan polis menasihatkan orang ramai suapaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam tangkapan berasingan, Razarudin menyatakan pihak polis turut menahan individu berusia 37 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook ‘Cik Mat Cik Po’ .

Difahamkan, pengendali akaun Facebook itu ditahan Ahad lalu di Kota Bharu dan kini ditahan reman selama empat hari bermula 27 November hingga 30 November ini.

Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan  kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-man raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Artikel lain: Buat Persembahan Di Johor, Anak2 Ahli Kumpulan Radja Trauma Diugut Bunuh

Artikel lain: Lantang Bersuara Depan Biden, Anwar Ibrahim Minta Hentikan Kekejaman Di Gaza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X  redzuanNewsMPB

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang peniaga dikenali Abang Belon pernah ada 13 rekod jenayah lalu dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan kesalahan dadah, lapor Kosmo! Online. Difahamkan, peniaga belon...

Lokal

Muhamad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ kini berhadapan dengan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan serius pada saraf tulang belakangnya selepas insiden yang...

Lokal

Sekumpulan pekebun durian mendakwa kerajaan Pahang telah melanggar perintah Mahkamah Rayuan apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King tanpa notis. Kerajaan Pahang didakwa...

Lokal

Tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen kerana muncul pelbagai spekulasi mengulas punca kejadian sebenar kemalangan itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd