Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Fahmi Reza Susulan Poster Penghinaan Terhadap TYT Sabah

Pihak kesan Fahmi Reza susulan lebih 30 laporan polis yang diterima berkaitan poster karikatur yang didakwa menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Polis kesan Fahmi Reza

Polis Kesan Fahmi Reza

Menurut laporan Berita Harian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap aktivis dan pereka grafik itu susulan laporan-laporan yang diterima di seluruh Sabah.

“Setakat ini, kita menerima lebih 30 laporan berkaitan individu ini (Fahmi Reza) dan kertas siasatan telah pun dibuka.
“Kita mencarinya untuk dia bertanggungjawab atas perbuatannya dan pihak polis akan memastikan siasatan ke atas kes berkenaan diteruskan,” kata Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah hari ini.

Foto: X Fahmi Reza

Pihak polis percaya Fahmi masih berada di Sabah dan berkemungkinan akan hadir pada perhimpunan aman anjuran Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah di hadapan Menara Kinabalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Musa Aman Dilantik Sebagai TYT Sabah Baharu

Jauteh menegaskan bahawa Fahmi dikehendaki polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Polis sedang mencarinya (Fahmi) untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, jadi yang lain jangan terpengaruh dengan provokasinya kerana kita sudah terang-terangan menyatakan bahawa polis mencarinya di bawah akta itu,” ujarnya.

Fahmi sebelum ini telah memuat naik poster satira karikatur Musa dengan imej negatif sebagai bantahan terhadap pelantikannya atas alasan pernah dikaitkan dengan rasuah.

Tindakan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak beradab, terutamanya kerana ia membabitkan seorang ketua negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Juwan Riduan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd