Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serbuan Komuniti Hubungan Songsang Berdasarkan Risikan, Bukan Diskriminasi – Polis Kelantan

Polis Kelantan menegaskan bahawa serbuan yang dijalankan terhadap satu perjumpaan melibatkan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sebuah banglo bulan lalu adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti sahih, bukan atas dasar diskriminasi.

Polis Kelantan buat serbuan berdasarkan risikan

Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook Polis Kontinjen Kelantan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan yang dijalankan oleh Pasukan Task Force itu adalah hasil daripada maklumat risikan yang menunjukkan satu perjumpaan komuniti LGBT dijangka berlangsung di Kota Bharu.

Jemputan ke program berkenaan dikatakan diedarkan secara tertutup menerusi aplikasi WhatsApp dalam kumpulan tertentu.

Foto: Thesun

“Maklumat yang diterima menyebutkan satu ‘Program Gathering Komuniti Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai’ akan diadakan, dengan atur cara seperti ‘chil-chil membawang dan makan-makan’.
“Namun, risikan mendapati tiada penglibatan atau pemantauan daripada mana-mana badan berautoriti termasuk NGO, Klinik Kesihatan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Polis turut menjelaskan bahawa pemantauan awal telah dilakukan sejak 5 petang di lokasi kejadian.

Artikel lain: Hampir 100 Lelaki Di Kelantan Sertai Pesta Hubungan Sejenis, Ratusan Kondom Ditemui

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelang 8 malam, kira-kira 100 individu dikesan hadir, namun kebanyakan mereka telah beredar menjelang 11 malam dan sebuan hanya dilakukan sekitar 1 pagi bagi memastikan operasi berlangsung dengan aman dan terkawal.

“Hasil serbuan mendapati 20 lelaki berada di dalam premis tersebut dan mereka mengaku merupakan komuniti gay. Pihak Task Force juga turut menemui ratusan kondom serta beberapa kotak ubat berkaitan HIV di dalam bilik banglo berkenaan,” ujarnya.
polis kelantan

Foto: FB Polis Kontinjen Kelantan

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit mendapati tiga individu memiliki video lucah yang melibatkan hubungan sejenis dan kesemua mereka telah didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan telah mengaku bersalah di mahkamah

“Sebahagian mereka juga mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks sejenis. Dokumentasi lanjut mendapati 18 daripada mereka berasal dari Kelantan, manakala masing-masing satu dari Perak dan Terengganu,” jelasnya.

Menurut beliau, tindakan polis adalah selaras dengan tanggungjawab menjaga kententeraman awam dan nilai moral masyarakat.

polis kelantan

Foto: FB Polis Kontinjen Kelantan

“Kami berharap penjelasan ini mampu meredakan kekeliruan dan spekulasi yang sedang tular. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini,” tegasnya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  mengesahkan bahawa program yang diserbu itu sebenarnya bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan HIV.

Namun begitu, KKM tidak memberikan sebarang komen terhadap tindakan serbuan yang dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Facebook @Polis Kontinjen Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd