Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Sungai Bakap: PN Menang Majoriti 4,267, Peratus Keluar Mengundi 63.45%

Perikatan Nasional (PN) menang majoriti dan berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

PN Menang Majoriti

PN Menang Majoriti 4,267

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan berkata, Abang Abidin menang majoriti dengan sebanyak 4,267 dan 14,489 undi.

Sementara itu, calon daripada Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin meraih 10,222 undi

PN Menang Majoriti

Dengan kemenangan Abidin, sekali gus menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas kembali kerusi kawasan yang pernah dimenangi PKR selama tiga penggal bermula 2008.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peratus Keluar Mengundi 63.45%

Sementara itu, berdasarkan statistik SPR, sebanyak 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi, manakala 57 orang terdiri daripada anggota polis telah mengundi secara pos.

Peratusan keluar mengundi yang dicatatkan adalah sebanyak 63.45% dan 208 kertas undi ditolak.

Mengikut komposisi kaum, pengundi Melayu terdiri daripada 59 peratus, diikuti Cina 22.5 peratus, India 17.4 peratus dan bangsa-bangsa lain satu peratus.

PN Menang Majoriti

Sekadar info, PRK DUN Sungai Bakap itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pilihan PN Di PRK Sungai Bakap Bukan Kesilapan, Abidin Dicalon Berdasarkan Kajian

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd