Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Mahu Majlis Rasmi Kerajaan Amal Kesederhanaan, Hayati Roh Ramadan

Semua majlis rasmi kerajaan sepanjang Ramadan ini perlu dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan, selaras dengan semangat dan roh bulan tersebut.

Mahu majlis rasmi kerajaan amal kesederhanaan

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menekankan tentang kekuatan rohani yang perlu diperkukuhkan sepanjang bulan mulia ini, bukan sekadar melalui ibadah kepada Allah SWT.

“Ramadan ini seharusnya menjadi masa untuk kita lebih insaf dan berusaha menyampaikan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik, bukan sekadar memewahkan acara iftar dan kegiatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

majlis rasmi kerajaan

Susulan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi peringatan kepada kementerian dan jabatan kerajaan bagi mengamalkan kesederhanaan pada majlis rasmi agar dana selebihnya dapat dimanfaatkan terhadap golongan memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis rasmi kerajaan jangan membazir

Artikel lain: Anwar Ibrahim Potong Rambut Sambut Kedatangan Ramadan — Simbolik Sederhana, Makna Besar

“Saya perhatikan ada kalanya jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan sumbangan dalam bentuk terlalu mewah. Sebagai contoh, kotak-kotak pembungkusan sangat indah tetapi harganya mungkin lebih mahal daripada isi seperti kurma diberikan. Ini satu pembaziran,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu menyeru budaya membaca, hayati dan fahami al-Quran untuk dijadikan sebagai amalan.

majlis rasmi kerajaan

“Syahrul Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran, yang menjadi panduan untuk menentukan pertimbangan antara yang baik dan buruk.
“Maka, marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk mendalami dan mengamalkan ajaran al-Quran,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd